klik saya

Friday, August 12, 2011

mandi wiladah

saya kopipes dr email....

Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah
bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH ,
betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita
memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak
boleh kira overall saja.

Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini
maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh
ALLAH...Nahuzubillah'minzaliq...Wallahua'lam


Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak
mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun
Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan
oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari
dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak
tahu akan hal ini.....

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've
talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there
exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering
tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being
sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah
berada di dalam keadaan bersuci...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila
ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib
mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka
ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis.
Para bapa langsung la
sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah.
Kan ke tugas
suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh
semua orang.


Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut
masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua
orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil
inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal
ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati
dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran
cahaya mata.


Perkara Wajib mandi hadas besar;


Bagi lelaki 2 perkara:


1. keluar air mani

2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak
keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:



1, Haid

2. Wiladah (melahirkan anak)

3. Nifas

4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.


Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:


1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja
kepala bayi keluar.

2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka
diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:



"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku
kerana Allah Taala".


Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu
mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir
balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga
pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap
kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam
masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap
hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk..
cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang
lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang
pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang
lain..InsyaAllah



Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini
sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama.


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment