klik saya

Sunday, August 21, 2011

Rayyan HFMD

salam monday yg blues...
kesian anak sulung saya
hari jumaat lepas masa Rayyan balik dari rumah nenek, mummy tengok mulut Rayyan asyiklah keluar air saja. try cek mulut dia, ok ada ulser kecik kat bibir. malamnya saya letak ubat ulser.
tengah malam dia mintak susu, tapi bila buat, dia letak je kat mulut, terus kata tak nak. pagi sabtu pun sama. tapi dia tak nangis. mula tu geram juga lah sebab dah mintak susu tapi tetibe tak nak kan...tapi bile tengok ulser sebenar dia ada la saiz kuku kita ni, dok ada kat bawah lidah dia... masyaAllah...besarnyer...kesian. patut la dia sakit. sabtu dia start nangis2 dan mengadu gatal2.

saya cek badan dia, dan nampak ada ruam dan biji2 air gatal tu kat tangan, kaki...mulut pun ulser. saya syak dia kene Hand Foot and mouth Disease ni lah. petang tu daddy nye bawak gi klinik... so memang doktor kata sakit ni. dapat ubat sapu n ubat ulser.

agak pelik la...sebab Rayyan mana ada kawan dengan budak mana2 kan...dia kat umah nenek dia saje. tiada kontak dengan mana2 pembawa virus ni. tapi dah nak kene kan...nak buat mcm mana.

hari ahad, dari pagi sampai ke maghrib dia tak nak makan, tak nak minum. susu pun tak minum dari sabtu lagi. kesian sangat...paling sedey bila dia selalu mintak makanan, tapi letak je kat bibir terus nangis kuat2. memang lah sakit...dia pun mcm dah lemah. bila jalan je..dia akan cari tempat dan duduk. sangat kesian...sedih hati mummy ni. so dia dah macam orang puasa laa...tak makan n minum seharian. bukan seharian la...dari semalam. minum pun yang dapat pujuk masuk la 2,3 titik agaknya. risau dia dehydrate jer. tadi masa daddynya bukak puasa, pujuk dia makan nasi dengan sup.. lepas beberapa kali cuba makan dan menangis (dia nak makan, tapi sakit)..akhirnya dia berjaya makan jugak..habis sepinggan. syukur alhamdulillah.

semoga Rayyan cepat sembuh ye sayang! hati mummy dgn daddy ni risau yang amat...

2 comments:

  1. sian rayyan..Sah bui minum guna straw sah..skrg ni musim penyakit sng bjangkit.

    ReplyDelete
  2. lily, dah try segala straw, segala cawan fancy2, gambar ball feveret dia pun dia tak mo.. huhu.

    ReplyDelete