klik saya

Tuesday, September 20, 2011

laksa menangis Rayyan

dah lama tak update
bila dah lama, dah banyak sangat cerita, pahtu tak tau mana nak mula...maka tak payah update.

hari ni perut saya sebu2 saja
penangan open house la minggu lepas
tiap2 hari ada open house. untung juga duduk di apartment ni..sebab satu blok banyak rumah, banyak open house. tahun ni la baru berpeluang berkenalan dengan jiran-jiran kat sini. bila dah open house, macam-macam la menu nya. paling menangis ialah tengok laksa yang sodap gilers. makan kuah je dua mangkuk. nak makan juge tu yang tak tahan. kalau dah minggu ke 3 ke 4 raya ni, kalau jumpa menu rendang dan seangkatannya tu, rasanya dah tak berapa layan dah...macam dah muak kan...kalau yang lite2 macam mihun tomyam kat rumah makcik Liza kat subang bestari sana tu ok lah..

hari ni saya menjaga kedua2 anak sebab neneknya pergi hospital
ok je saya cuma bila ada dua2 tak dapat buka laptop. masak pun masak yang aci campak je...sup ayam dengan telur dadar (sambil mata jeling takut Rayyan apa-apakan adik)
Rayyan sekarang dah dua tahun kan..dah pandai jaga adik
dia pandai pujuk adiknya bila adik nangis
bila adik tak nangis, dia tepuk2 bontot adik bagi adik nangis pulak...haaaiiiii
dia selalu peluk cium adiknya
bila cium adik, di cium nya pipi kanan, pipi kiri, dahi, tangan, perut, kaki pun... sayang adik.
pastu peluk pulak. abang penyayang.
tak sangka Rayyan saya sudah besar. sedih je rasa. eh, takkan nak anak kecik je selamanya kan...

Rayyan sekarang sudah boleh di ajak bersembang
bila tanya dia boleh jawab macam2
kadang bila kita underestimate dia, dan dia boleh jawab rasa kagumnya!
tadi menyembang dengan dia pasal duit raya
saya : sape bagi duit raya kat Rayyan?
Rayyan: uncle bagi
saya: Rayyan nak beli ape dengan duit tu?
Rayyan: nak beli air....kedai (maksudnya kat kedai la tu)
saya: ok nak beli air. lagi nak beli ape?
Rayyan: ball
saya: ball tak payah lah ye...ball dah banyak kat rumah kita (sumpah banyak sungguh!)
Rayyan: (diam sambil pikir). satu jer...ball keciiiikkkkkk. (buat gaya di hujung jari)

maknanya nak juge ball. kecik pun jadi lah...
tak tahu lah kenapa Rayyan obses sangat dengan ball.

sekarang pun dia suka bebel macam orang tua. sikit2 mesti 'ish ish ya Allah'. kadang-kadang 'ish, bakpo'. orang kelate kan...hehe

kalau dengan adiknya...'adik, tak mau nangis. mummy masyak.'
kadang 'adik tak mau nangis, mummy ada. Ayann ada'.
'adik, tak mau..mulut..basyah!'. ni marah bila adik masuk tangan dalam mulut.
'adik, angan. angan. (jangan). tak aik (baik). tendang mummy'. ni bila adik dok terketeh-keteh kaki gerak2 kene mummy sikit di katanya adik tendang mummy. marah dia pada adik.

tu lah Rayyan. bila dia tak dengar kata, makan nasi renjis2 satu rumah, sepah lego satu rumah, terbalikkkan bekas keropok habis bersepah, sekejap-sekejap nak basuh tangan, tetibe tak pasal2 tepuk muka mummy...geram juga lah! tapi bila dia tidur...dah habis geram tu...ya Allah, sayangnya mummy pada Rayyan tak tertulis dengan kata2!

Adel dah pandai mengagah. kalau mengagah, alahai comelnya di bulat ni. dia sudah botak. nanti ada masa letak gambar botaknya di sini.

ok la..sudah mahu tidur. baju suami belum di iron. esok harus bangun pagi.
selamat malam semua...

2 comments:

  1. Salam Sah,
    Kak Ijan suka cara Sah tulis pasal anak-anak. Seronok baca, terharu pun ada. Terharu sebab kak ijan pun dapat rasa, betapa besarnya kasih sayang kita pada anak-anak kan. Semoga satu hari, Rayyan dan adik-adik dapat baca apa yang mummy tulis ni. Inilah kenangan yang paling indah.

    Hmmm, teringat kat Mikael juga ;)

    ReplyDelete
  2. tenkiu k.ijan...
    kan...bila dah jd mak org ni perasaan tu lain sungguh..esp bab anak2 ni...

    ReplyDelete