klik saya

Thursday, November 10, 2011

gedik mata kanan ada makna

tahyul
mitos
ke?
boleh caya ke kalau gedik mata kanan ada benda baik nak jadi? dari pagi sebenarnya mata kanan dok gerak2. sebab mata kanan kan...maka buat tatau je lah. kalau mata kiri cuak juga. malas nak caya. sebab rasanya ni berkaitan dengan muscle dan urat2 kat situ dengan saraf2 serta penghantaran impuls yang tak betul je. ye ke ni? hahah

seharian mata dok bergedik. sekali petang Rayyan lari bawak hp ada orang kol. yezza dapat keje!

ALHAMDULILLAH...

SELAMAT TINGGAL DUNIA MENGANGGUR

11 bulan kot tidak bekerja. lama tu hampir setahun. mati kutu rasanya. kalau korang nak tahu macam mana rsanya menganggur tu boley la try. series penat otak. penat sebab tak berfikir. tu bila writing thesis lembab je. macam kura-kura.

yang saya rasa semangat berkobar2 nak kerja ni sebab keje ni tak de sangkut paut dengan dunia sains. waaahhhh sorga. bahagia. malas nak pikir sains sains ni. tinggal kejap. tahun depan kite bersains balik.

keje ni kontrak 4 bulan je pun. lepas tu kalau tak dapat keje lagi silakan menganggur kembali. tapi harapnya ada lah keje. keje untuk kelayakan SPM. gaji pun 1k++. gaji RA lagi tinggi kot. tapi tetap semangat sebab banyak sangat dah wishlist yang tertangguh sampai rasanya gaji keje 4 bulan ni mampu untuk bayar hutang saja.



hari tu masa gi interview ramai jugak la yang tunggu nak interview nye. tengok list tu mostly remaja lahir tahun 1990++. terasa sangat ketuaan ku. rasa macam hampeh umur ko dah tua wei...lagi nak cari keje. budak2 tu sangat la budak2 mintak keje. dengan pakai kasut belang2 datang mintak keje, tak pakai sarung kaki, pakai selipar pun ada ko. kesian ko dik, ko tatau lagi cara nak mintak keje. balik tukar kasut please.... dah tu pakai tudung melilit2 macam nak gi Mall. yang lelaki lak duk huha huha huha masa menunggu tu buat macam rumah sendiwi (ceh tetibe feeling remaja eja sendiri jadi sendiwi. series ni lagi satu haku tak paham kenapakah nak eja jadi W W semua tu. kewl kew cam tuew. eh pening lah aku. senget mulut aku membaca. macam kene strok pun ada..sila eja elok2. esok ko tgh exam karangan kang ko tulis mcm tu nahas. kalu salah ejaan tak apa...aku lew tu). ok yang si lelaki2 tu lak dok huha huha aku agak nak menarik perhatian orang kat dalam meeting room tu. sebab ramai fomfuan kan. tak payah lah dik, tak sesuai ok. ko ingat perempuan suka ke jantan2 huha tak kene tempat macam tu. ada jugak kes ni dah terang2 orang suruh letak gambar kat form, boleh buat muka blur....tampa kang. geram aku. cuba series sket bila mintak keje. aku ni nak sangat keje. ko jangan berebut dengan aku boleh? ada lagi sorang ni...dah berkurun duduk menunggu dalam meeting room tu sementara tunggu turn kan...boleh dah lama tu baru dia tergedik2 gi hantar form. eh. ko tak perasan ke form tu dah selambak atas meja tu semua orang dah hantar kelmarin lagi? kesian sungguh. tak pe lah...ko kan muda remaja lagi. mesti ko keje pun nak memain je kan? stok2 nak isi masa lapang. aku tgk sijil SPM diorang (sempat tu usya sijil orang) macam bercampur2 gred 5C, 6C. gilir2 dalam senarai tu. aku tangkap heran la jugak. kat shah alam bandar mcm ni ada jugak orang belajar memain eh?

lagi satu part best masa aku tengok form aku...dia ada tulis:

MATE dan BM KREDIT

tergelak aku sensorang. MATH ke MATE?

memang la aku kredit Mate ni. anak dah 2 orang kot. eh

3 comments:

  1. sah dapat keje apa?tahniah2 tahniah & selamat bekerja balik.......Farah

    ReplyDelete
  2. Tahniah sah... selamat bekerja. Rayyan dan si montel kena hantar rumah nenek ke lepas ni? :)

    ReplyDelete
  3. tenkiu farah...

    tenkiu k.ijan. si montel duduk pengasuh n rayyan duduk nenek. kesian terpisah. nk wt cane...

    ReplyDelete