klik saya

Friday, November 4, 2011

Resipi cup cake chocolate mudah ringkas sedap






salam Aidiladha
waahhh awal bagi salam
sekarang membizi jaga anak jarang dapat jengah si blog ni. makanya bagi salam awal awal lah ye. saya tak balik kampung...raya kat shah alam saja. kesian...balik kampung pun kesian juga sebab abang kakak semua tak balik kan... terpaksa raya kat umah sini (terpaksa???). ok je sebenarnya tak kisah. tapi kalo semua balik, saya kisah lah. eh

sempena raya haji ada orang tu nak buat kek senang lagi mengancam kan. ni resipi nya:

bahan A; (ayak je semua sekali campur terus sekali harung gitu)
1/2 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan tepung gandum/ tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil garam halus

bahan B (pukul sampai sebati je. saya pakai pemukul telur je...sebab tak de mixer. tapi jadi je...)
2 biji telur
1 3/4 cawan gula (kalau mau manis letak 2 cawan)

bahan C:
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak sayur (minyak biasa pun boleh belasah)
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan air panas

kekdahnya ialah; campur bahan B ke dalam bahan A. gaul rata. masukkan minyak dan susu. gaul lagi dalamsatu arah ye. pastu masukkan air panas. kalu suka boleh lah masukkan buah kering ke badam ke ikut suka.
isikan setengah cup. bakar dalam 200C selama 10-15 minit.
siap.





kek dia lembut macam ni ye... (awwww puji)

untuk ising:
pukul krimwell (sejenis mentega putih) sampai lembut. masukkan gula ising yang dah di ayak mengikut kemanisan dan kekerasan yang di mahu kan. kaler bubuh lah sendiri nak kaler ape... sekian.

Tak de piping bag? don wori. buat je camni..heheh


No comments:

Post a Comment