klik saya

Sunday, January 29, 2012

ok saya update...sila baca panjang berjela

assalamualaikum

lamanya kan? rasa nak lempang diri sendiri bila bukak mata tengok jam 5 pagi. rasa baru baring jam 11 malam dengan niat sahaja aku update blog malam ni... serius, walau berkerjaya ala ala jer, tapi penat tu tak tau lah nak describe macam mana. kerja kat ofis bukan ada sangat pun...tapi bila mata kene bukak jam 5 pagi, 6.30 pagi keluar rumah dah berjammed, malam pun macam tu juga lah. biasanya sampai rumah pun dah 9.30malam.

eh, kejap. baru update terus dimulai dengan keluhan????? owh alangkah tidak baiknya. ok kite tukar topik. ape kabar anda semua (bajet ramai)? saya betul2 berhajat mahu blogwalking pelan-pelan macam kura-kura, tapi tak dapek. biasanya BW macam kene kejar anjing. so no comment leave. kesian saya kan? cerita pun dah berfail fail gambar, juga tak dapat nak update. kesian lagi sekali.

meh saya cite pasal ADELYA.
si mumuks bam bam mummy ni dah 6 bulan lebey. dah start makan dari last week. masih lagi exclusively breastfeeding. alhamdulillah ya Allah. Dia makbulkan doa dan harapan saya. so sekarang saya sudah diploma bf! yea!!!!! makan pulak Adel tak semangat sangat. makan ala ala jer. ada mood dia makan banyak, ada tu katup mulut rapat rapat tak kasi masuk sudu. haip.
last month berat dia 7.5kg jer. masuk 6 bulan ni tak tahu lagi berapa. minggu depan lah gi timbang. hari ni Adel pakai baju belang belang dengan seluar polka dot. comelnya. cuba mummy pakai pesen macam tu? ada berani daddy nak jalan sebelah??? rambut adel pun dah panjang. mummy dah trim rambutnya hari ni.

RAYYAN:
banyak cakap sampai kadang kadang tak paham dia bercerita pasal ape. suka sangat lah bertanya itu ini sampai kite kehabisan jawapan. bila dia tengok kite blur tak de jawapan, di gelakkan kite. nampak sangat suka menyakat. suka tanya ni ape? tu ape? kat mana? sape? dah jawab tanya lagi ape. ape. ape. hish.... abang yang kedekut. buat masa ni masih kedekut dengan adik. barang dia memang tak leh share. mainan adik ada satu jer. yang lain semua 'abang punya'. masih marah bila adik masukkan mainan dalam mulut. siap bagi arahan 'no no no jangan masyuk mulut. pegang saje. goncang saje!' marah dia pada adik. adik lak pantang nampak abang, mengekek ngekek ketawa. suka sangat dengan abang dia. abang tak buat pape pun, sekadar jalan je depan dia pun dia boleh bantai gelak. memang clown no 1 di hati adik lah.

MUMMY n DADDY:
masih seperti biasa...hehehe

last week kami menyebok dengan orang nak sambut CNY. kami ke penang. ingatkan jam, tapi sebenarnya tidak pun...ok ok je jalan kat sana. dah lama tak kembali ke sana. sebagai pengubat rindu, terimalah gambar ni... ditempat yang sama saya dan suami ambil gambar 1st time dating 6 tahun dahulu! kali ni kembali bukan bertiga tetapi berempat!


till then, daaa...

4 comments:

  1. update lagikkkkkkkkkk..pls! haha..

    ReplyDelete
  2. hahahaha...rayyan jd clown...lucu kot adel tngk muka rayyan,dlu klu ada rayyan,mesti adel nangis,takut kena tampar,pahni,tambah lg mainan si adel,pasal cik ah pos teady bear kecik utk adel

    ReplyDelete
  3. Salam sah...
    besar dah anak dara mu. anak teruna lagi lah kan. hihi...tak lama lagi lagi mumuk la Adelya tu lepas makan solid food. Makin kurus le mummy dia :)

    ReplyDelete