klik saya

Sunday, May 27, 2012

OMG

salam...
berblogging ni kan...makin lama ditinggal kan, makin susah untuk dimulakan kembali. semacam berpuasa juga, setelah 11 bulan kita makan macam-macam, bila tetiba hari pertama berpuasa, mesti keletihan yang melampau dan dugaan yang maha hebat...seperti encik suami saya yang cuba berpuasa di bulan rejab dan mendapati dirinya pening dari pagi sehingga ke maghrib tetapi pening itu berlalu tatkala nasi goreng memenuhi ruang perut. syabassss!

itulah guna nya bulan rejab dan syaaban...bulan untuk berlatih. sesungguhnya tiada amalan khusus yang dilakukan Rasulullah di dalam bulan rejab mahupun syaaban. oleh itu jangan lah kita berniat untuk mendapat sekian ganjaran andai kita berpuasa di bulan rejab...tetapi pahala itu pasti.

saya tak perasan anak-anak sudah membesar. hanya tetiba...eh, dah ketat baju ni dengan Rayyan... atau eh, adik dah muat baju ni! dan adik adel juga (maksudnya adel di sini...bukan adik kepada adel ye! nk gi pakai perancang asik tak jadi je!) sudah memanjat! nampaknya Adel skip untuk merangkak. dari menyulur, terus duduk dan memanjat. ape ape lah nak....mummy tak paksa. nak jalan jalan je... masanya akan tiba nanti. dan awas, bila dia cuba berdiri dan menggunkakan badan anda untuk berpaut, dia akan menggunakan giginya sebagai tambahan kepada tangan! sakit woooooo

hari ni saya buat puding roti sebagai sarapan dan makan tengahari di rumah jiran serta makan malam di kedai mamak. haishhh.

kalau datang angin rajin, buat kek le pulak....dengar2nya Raibow cake ni mahal kat pasaran...kurang-kurangnya rm100 ke atas. nak murah tempah dengan saya ye....heheh tetibe. buat untuk anak-dan anak dan suami sudah...

 eh, gambar lama nak menyelit. series lama dah ni....adel pun kicik lagi. sebenarnya saya ada satu masalah bab gambar ni...tu sebab tak upload gambar. kaedahnya lappy ni dah running out of space... jadinya tak dapek la nak save gambar2 dalam kemere tuh. tengok gambar kat atas, gigih bapaknya pegang anak takut hilang!

bila hujung minggu masa dihabiskan dirumah...boleh menikmati indahnya perasaan punya anak-anak dan suami. tapi tak lari dari menjadi tarzan juga. hari ni terpaksa tutup tingkap sebab takut jiran yang sedang kenduri dirumah bawah terdengar jeritan tarzan mak memanggil anak yang kerjanya tabur mainan kat hall di samping menyakat si adik.

ok lah. doakan saya rajin update. babai kawan-kawan...selamat berhujung minggu.

3 comments:

  1. share resipi rainbow cake pls! hehe

    ReplyDelete
  2. salam, sah save la gambar kat internet. Laptop rosak pun still ada backup. Dah guna dropbox? klu belum saya invite - jih

    ReplyDelete
  3. Salam Sah,
    Dah lama tak tengok gambar Adel dan Rayyan ni. Dah makin montel apa si adik. hehe.... jangan tak tau, kak ijan pun kadang2 jadi tarzan juga di rumah. Serupa lah dengan hero kat sini ni. Rumah dah jadi tongkang pecah. hehe :)

    ReplyDelete