klik saya

Thursday, October 4, 2012

RAYYAN AND ADEL SCHOOLING

Salam

it is October already! cepat 2012.
ok the 1st week of october yang perlu di catat ialah anak-anak sudah sekolah. bukan lah sekolah ape pun...cumanya ke tadika. si abang Rayyan ke tadika Universal. segalanya berlaku pantas, selepas saya bertukar tempat kerja, terus apply tadika anak, alhamdulillah masih menerima pelajar baru walaupun di hujung tahun dan menerima pelajar yang memakai pampers! TQ

hari isnin, 1 oktober 2012
hari yang sangat horror! bukan anak2 yang horror, tp maknya okeh. saya tak mampu tidur lena malam sebelum tu memikirkan anak-anak bakal dijaga oleh orang yang baru. bangun pagi, kejutkan Rayyan untuk mandi. mandi-tak nangis, boleh senyum lagi. tapi bila cuba pakaikan baju sekolah,terus nangis tak mahu sekolah, mahu duduk rumah nenek katanya...
bila dah sampai sekolah, nangis lah dia. tengok kawan-kawan nyanyi lagu negaraku, dia duduk peluk daddy. daddy tinggalkan je sebab ada kerja kat putrajaya, saya lak cikgu suruh gerak je tak yah tunggu. so saya keluar la duduk dalam kete. bila pergi intai, nampak Rayyan duduk mencangkung tepi kelas sorang-sorang. sebak hati ai okeh. sebak hape...terus mengalir air mata tgk anak kesian. tapi nak buat macam mana, cuba cekalkan hati juga lah. lepas tu dengar dia cakap kat cikgu dia "jom laaaa...ayann nak balik umah nenek ayann kat shah alam..jom laaa''
mengalir2 air mata aii tak tahan. tapi lepas tu terpaksa gerak ke ofis juga. satu hari tak dapat bekerja dengan tenang. tapi petangnya ambil dia tak nangis pun...dari kejauhan sudah ku dengar suaranya membaca ABC. ceria jer...penat mak ko nangis nak. kawan2 ofis pun takut nak tegur tgk muka aii sembab. hahaha hover mak kau.

hari selasa, 2 oktober 2012
Rayyan masih cuba merayu untuk tinggal di rumah nenek di shah alam. saya dan daddynya ia kan ajer...bila sampai di sekolah, dia menangis tapi tak teruk...menangis macam menahan macam tu. malu agaknya depan kawan-kawan. bila cikgu ajak masuk ke dalam, elok je masuk....
bila malam, bawak dia pergi pasar malam, dia nak beli buku mewarna. balik terus letak tepi pintu, nak bawak pergi sekolah katanya. sudah positif!

hari rabu, 3 oktober 2012
masih ada cubaan untuk minta tinggal di rumah nenek, tapi sudah tidak menangis bila ditinggalkan. pagi ni cikgu bawak pergi taman. sebab rabu pakai baju sukan....

hari khamis, 4 oktober 2012
langsung tak minta nak duduk dengan nenek. sudah seronok mahu ke sekolah. siap minta bawakkan bekal, nak makan dengan kawan-kawan katanya...alhamdulillah positif. siap tak mahu bantal busuk lagi...katanya nak bantal wangi saja. hehehe

the reason behind this:
saya dan daddynya hanya mahu Rayyan bergaul dengan kawan-kawan. Rayyan sebelum ni duduk seorang saja di rumah neneknya, maka dia sedikit kurang berani bergaul. harapan mummy dan daddy, Rayyan jadi anak yang berani ye.selalu dulu petang bila saya balik dari kerja, saya buka pintu umah mak mertua, nampak Rayyan duduk termenung seorang atas kerusi dalam gelap...kesian.. sedih hati ni...

esok kena pakai baju melayu...
oh lupa tadi Rayyan pesan "mummy, esok abang nak pakai kasut....kawan2 semua pakai kasut...abang je tak" ok, kesian dia. tapi ok lah, at least dia ada hati dah nak ke sekolah...

semalam dia komen macam ni "kawan-kawan abang semua dah balik, abang dengan adik je belum, mummy dengan daddy lambat...." sori sayang. daddy ko yang lambat selalu okeh.

*teringat ai masa umur 6 tahun sekolah dulu pun hari-hari mau nangis juga! hari-hari lari dari kelas masuk bilik arwah ayah...sebab ayah cikgu kat sekolah tu.....aiyyyak

inikan pula Rayyan yang baru mencecah 3 tahun.....

2 comments:

  1. hehe...sedih baca part rayyan dok mencangkung luar kelas tu.
    nnti beli la colour bnyk2 kat rayyan.
    amik la gmbr rayyan pakai baju skolah
    -cik ah

    ReplyDelete
  2. salam..alahai rayyan comelnyer dah g sekolah..betul,bila dah g sekolah kanak2 ni lebih explore kan..=)

    ReplyDelete