klik saya

Sunday, October 7, 2012

Resipi Kek span pelangi (rainbow cake) mudah dan cepat

Resipi Kek span pelangi (rainbow cake)
Bahan A
1 ½ cawan tepung gandum (saya guna tepung kek)
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
5 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
15 gram atau 80ml mentega cair
80 ml susu segar
Cara-cara:
1-      Campurkan semua bahan A da pukul pada kelajuan tinggi sehingga kembang atau ringan. Lebih kurang 5 minit untuk jadi fluffy.
2-      Perlahankan kelajuan, kemudian masukkan susu segar. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit.
3-      Masukkan mentega cair, gaulkan dengan menggunakan senduk sampai sebati.
4-      Bahagikan adunan kepada 7 bahagian. Setiap satu bahagian lebih kurang secawan adunan.
5-      Masukkan pewarna pada setiap mangkuk.
6-      Bakar selama 12 minit, suhu 160c-170c.


ya tuan puan peminatku sekelian....saya update blog ya. ni gambar mungkin ada kaitan dan mungkin tidak.

dah siap bake semua layer kang jangan lupa letak dalam peti ais sebelum layer2 kan dia supaya kek tu tak pecah...kan beliau nipis jer...
haaaa...ni la rupenye kek lapik dengan ketas
dah siap layerkan versi jimat krim tak cukup malas gi kedai
1st version rainbow cake saya. comot sikit sebab nya  ialah layer merah tu terpecah. tipsnya, lepas kek masak, jangan terus terbalikkan dia. biarkan aje beliau di situ.
cukup tak kalernya....very the rainbow kan? saya ada 3 kaler asas saja masa ni...so kaler lain tu adalah daripada mixture of the basic color... purple: red+blue. begitu...
yang ni pulak, 2nd version of my rainbow cake. bulat dan kecik sket...yang ni saya buat 1/3 daripada adunan asal...untuk seorang kawan. 6 layer je sebab buat hari bekerja...anak kecil pula asyik memanggil...makanya 6 sahaja.
dia nak bagi hubby dia daaa....
yang ni ala-ala kek pengantin ni ialah untuk kakak saya. mulus jer kan? awwww... kek pelangi juga...tapi gambar potong tak der...
yang ini lak, buat untuk birthday anak saudara: haris dan hidayat.
see..... 6 layer juga. sebab birthday kul3, kul 10 pagi baru start buat ok.
ni kaetogi tak de kaitan dengan tajuk...sarapan pagi dengan pancake. bulat macam Adel.
ni masa buat open house raya hari tu...tak jemput semua...sebab buat untuk kawan2 BR1M je..sebab ai kan dah resign... masak nasi beriani hujan panas, dengan ayam masak merah dan papedom. serta mihun sup. itu je yang ahkak sempat dik....
ok, ni disebalik tabir kek dinasour birthday ke-3 tahun Rayyan. resipi asas kek ini juga...cuma buat 2 layer je...perisa strawberry dan blueberry.
eh, terbalik
haaa ni dia dinasour...aauuuummmmmmm grrrrrrrrr
ni tak de kaitan dengan kek jugak....ini sape tak kenal? roti jala dengan kari ayam. tapi kari tu campur dengan rempah kurma sket. sedap hingga menjilat pinggan. buat sarapan bila datang angin rajin nak menjala.

resipi roti jala (atas permintaan peminat di UK)
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (atau kurangkan air, campur susu cair sket)
warna kuning/ serbut kunyit pun bole....
 1 biji telur

campur semua. lepas tu tapis. boleh terus menjala.

tq
ini dah lama. breakfast counter di rumah. IKEA. murah.
ok ini pun cerita lama...masa 4th wedding anniversary..daddy masakkan. namanya tak tau ape...makan jer. tapi cheese cake tu sedap.

ok lah...selamat mencuba....senang jer...jangan risau, pasti berjaya. 

21 comments:

  1. saaahhhhhh cantiiikk sngt cake dgn rumah sah <3

    zarina

    ReplyDelete
  2. jom singgah blog sy... sy menjual tudung yg gojes n tudung mse kini... slmt mnjamu mata.. tq for support :-)

    ReplyDelete
  3. Salam... Bak tnya kita bake adunan tu kna letak kertas mnyak ke??

    ReplyDelete
  4. Salam nak tnya kek tu kita bake kna letak kertas mnyak ke??

    ReplyDelete
  5. Klu kita nak bake kek tu kna letak kertas mbyak ka??

    ReplyDelete
  6. iya..seeloknya letak di atas kertas minyak sebab kek nya nipis, kalau tak guna kertas minyak dikhuatiri kek nya akan pecah..

    ReplyDelete
  7. Salam Raisah,

    menarik la kek pelangi ni..thanks sebab sudi kongsi resepi ni..
    nak cuba la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la Nurul Ain...senang jer resipi nya... good luck! jgn lupa hulur kt sini bila dah siap :)

      Delete
  8. rainbow cake tu guna aising apa? Cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. haniff, yg mula2 tu pakai ising krimwell, tp manis sikit la. lepas tu kite pakai whipping cream jer...senang lagi cepat dan tak muak.

      Delete
  9. Kak rainbow cake tu guna aising apa? Cantik ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Haniff, saya suka guna whipping cream jer...sebab senang.

      Delete
  10. cantiknyeee umah awk...suke kaler tu

    ReplyDelete
  11. 1 cawan tepung itu berapa gram?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tak sure berapa gram.. sukatan cawan saya biasa guna cawan yang saiz standard.

      Delete
  12. Bile bakar tu bakar satu persatu ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear Farha, sorry lambat reply... ya yang. bakar satu persatu. sekejap je satu layer dalam 12 minit gitu...

      Delete
  13. Akak memang berbakat!Cantik sangat..Terliur saya

    ReplyDelete
  14. dah try .. menjadi n sangat puas hati.. tq dear echah..kongsi resepi..

    ReplyDelete