klik saya

Wednesday, October 17, 2012

they schooling

salam
malam ni hujan
tadi sampai di rumah jam 9.30 malam
Rayyan demam, jadi singgah di klinik
tadi masa ambil dia di tadika tengok dia tengah tidur berselimut
demam kata cikgunya
kalau tak biasanya dia duduk main tablet cikgu dia
siap request kat mummy, Rayyan nak telefon besar macam cikgu punya...
mummy tak punya banyak wang nak...
telefon mummy pun cukup boleh dial je
nak video call pun tak boleh...

bawa ke klinik kene neb
dia pun rela je kena neb sebab maybe rasa lebih selesa
si Adel pulak comel je
bila mummy daddy sampai terus terkam
pastu kedek kedek jalan gi kat mama pengasuhnya pakaikan kasut
galas beg barney kat belakang badan
pastu salam dengan cikgu dia
terus babai nak balik

si kecik penjaga beg ni memang cukup lah prihatin dengan beg dia dan abangnya sekali
pantang orang sentuh nanti dia menjerit tak bagi
maka ramai la suka menyakat dia sebab dia sorang je yang baby kat situ...

balik tadi lepas kene neb baru Rayyan ceria sikit
dia nyanyi lagu jari tadi..
macam ni "mana ibu mana ibu...sini saya sini saya...(tunjuk ibu jari)..." nyanyi sampai habis jari



No comments:

Post a Comment