klik saya

Saturday, November 10, 2012

konsert anak kecil...rayyan ulser

hai...
Rayyan baru baik dari ulser mulut. 3 hari lepas balik dari skul dia diam jer. biasa mulut pot pet pot pet tapi ni diammm jer. tanya kenapa dia jawab tak de pape lah. tapi bila tanya lagi, dia cakap abang sakit mulut...sambil nangis. rupanya tak makan kat skul satu hari. tengok lidah dia dah ulser kiri kanan lidah besar besar lak tu.. kesian betul. balik tu singgah ambank bukit puteri, dia mintak nak makan mc D. so alhamdulillah dia cuba makan jugak bubur dengan kentang, tu pun sulam dengan air ribena. bila balik, tidur mulut dia meleleh je air liur. malamnya pulak, nampak dia gelisah tak boleh tidur... mummy tanya kenapa, dia kata lapar...sedih ai tau. cuba bagi dia makan, tapi sakit...
so nangis lagi...
dia kata nak bubur...(bubur mc d mummy n daddy dah habiskan ingat dia dah tanak)
sebelum tu bg dia makan coklat nak bagi energy sikit, tapi kesian sangat. dia pegang je coklat tu, pastu jilat jilat kat tangan dia...pastu nangis sakit dan tak berjaya makan.
kul2.30 pagi mummy n daddy nya masakkan bubur. tapi tak makan juga sebab dia nak bubur ayam...huhu

esoknya kat sekolah, pun tak makan jugak. tengok dah macam longlai jer. bawak ke klinik, cikgu cakap eh cikgu lak, doktor cakap ulser pun ada kat tekak. dia bagi ubat titik, balik tu paksa la titik dalam mulut dia. sebelum tu beli bubur mc d lagi nak qada' yang semalam... sampai kat umah dia mengamuk sebab kata kenapa beli ayam bakar kepak, dia nak drumstik...huwa huwa huwa...ai amik makanan semua-bubur, ayam bakar, kentang mc d dengan nugget mc d, kata mummy buang je lah kalau abang tak nak makan. terus dia lari kejar ai yang pegang dulang ni cakap 'abang nak makan!!!!!!!!!!'...duduk terus dia makan laju macam dah lama tak makan, nampak dia sakit tapi makan jugak. mungkin dah terlampau lapar... nak menangis ai tengok anak kelaparan-makan macam anak somalia (walau tak pernah tgk anak somalia makan). pastu kul 2 pagi tu dia bangun lagi, ulang makan. lega sangat sebab ada makanan dah masuk perut dia..kalau tak macam mana nak sekolah kan...

esok paginya, dia mintak nak air kotak susu...so dia minum sampai 2 kotak masa otw ke sekolah tu. balik tu alhamdulillah, nampak dah ok sikit, dah mula ceria. cikgunya tolong titikkan ubat dalam mulut. dengan cikgu elok je dia jelir lidah bagi letak ubat, kalau dengan mummy daddy, mau berperang dulu...

malamnya sembang dengan dia...tanya mulut dia dah ok ke belum...dia kata
"dah ok...Allah tolong abang...terima kasih Allah...."
terharu lak dengar anak cakap cam tu.

so far setakat ni dah sebulan lah dia sekolah. kalau tanya dia belajar ape memang dia tak mahu bercerita...dia akan jawab "belajar abc, tu jer". siap cakap tu jer tuh.
tapi bila diam diam dia akan repeat apa yang dia belajar di sekolah. macam lagu ke, macam-macam lagu lah...tapi dalam pelat2 sikit..hahahha comel
lagi dia hafal hari...kira dah ingat la ahad sampai sabtu.
kira-kira lak kiranya simple math dah boleh la macam 1+2 no kecik kecik
doa setakat ni hanya lancar doa makan je
doa tido dengar 'wa amuuut' jer
ok lah kan...
pastu lagu negaraku dok nyanyi tak kira lokasi
hari tu gi IOI pun dia dok nanyi lagi negaraku kuat2...hehe

1/12 ni ada konsert kat sekolah dia.
hari hari duduk berlatih tu.
kira satu dua tiga, turun pentas...tunduk la ape la

tadi dia nyanyi...mungkin lagu untuk konsert agaknya (kesian mummy ko main agak je...anak tak habis abc je kalau tanya belajar ape)
"ibu bapa jangan susah hati..." dok ulang ulang ayat ni... hahaha

"apa yang kurang, I am sorry...lain kali jumpa lagi..." ni pun dia dok ulang hafal. dah terngiang2 kat telinga ni...

dia pun hari hari cakap nanti kita gi hotel ye - tempat konsert hotel premier kelang.
tak sabar agaknya hari hari dok berlatih kan...

ok lah Rayyan and Adel....mummy loves you.
esok  nak bawak anak anak jalan naik kete api... 


No comments:

Post a Comment