klik saya

Friday, January 18, 2013

kucing zaman moden


Salam...
ni sementara menunggu ayam ala kenny rogers masak-esok nak bawak gi kat ofis ada makan-makan- nak cerita semalam saya tanya Rayyan pasal kucing;
(sebab rumah cikgu dia ada kucing)
saya: Abang, kat rumah cikgu ada kucing kan?
Rayyan dengan konfidennya : takde. belum ada lagi
saya: eh, kan ada. mummy nampak ada kucing kat rumah cikgu tu...
Rayyan dengan konfiden lagi: tak deeee. mana ada mummy
saya: ada laa... kan kucing tu pakai loceng kat leher tu..
Rayyan: mana ada...... cikgu belum DOWNLOAD lagi mummy.

ok fine...
mummy cakap pasal kucing betul, Rayyan cakap pasal kucing nih:






























hai lah budak zaman sekarang! hari-hari menempel kat cikgu dia main I-pad.

No comments:

Post a Comment