pejaran agama.
Rayyan semakin meningkat umurnya. semakin banyak bertanya itu dan ini.
sehingga kadang kita kebuntuan mahu menjawab.

contohnya dia tanya:"mummy, Allah tu kat mana?
saya jawab: Allah ada kat mana-mana. semua tempat Allah ada.
dia tak puas hati, tanya lagi...kat mana-mana tu mana mummy?
saya jawab: ada dalam hati. Abang rasa Allah ada tak?
Rayyan: ada
saya:  haaa maknanya Allah ada dengan abang..sebab tu abang rasa Allah ada.
Rayyan: tuhan tu sape? saya jawab: Tuhan tu Allah.
'kenapa Tuhan tu Allah?'
saya jawab;'Allah kan buat kita."
Rayyan: kenapa Allah buat kita? Allah pukul kita ke? (buat=pukul, disamakan pulak macam 'kenapa abang buat adik'
saya: bukan buat pukul, tapi buat kita, cipta kita.
Rayyan: oooo...buat abang, daddy, mummy, adik...
saya: ya...pandai abang
Rayyan: Allah tu baik ke?
saya: Allah baik. Allah sayang orang yang baik. sebab tu abang kene jadi baik. kalau baik masuk apa?
Rayyan: masuk syurga. syurga tu sejuk ke mummy?
saya: A'a. sejuk.
Rayyan: sejuk, tak de matahari ke mummy?
saya dalam hati alamak macam mana nak jawab ni...
saya: ada matahari, tapi sejuk...selesa... (sebab kalau panas selalu dikaitkan dengan tak selesa)
Rayyan: tak de moon la dalam syurga?
saya: pun ada jugak..
Rayyan: macam mana?
.......adeh letih nak menjawab. macam-macam lagi soklan dia sampai kebuntuan jugalah diriku ini.
hari tu dia sakit tangan, bangun pagi saya tanya sakit lagi tak...
Rayyan: tak sakit dah... masa abang tdo Allah datang tolong abang ke?
saya: Allah tolong la...sebab tu abang dah tak sakit.
Rayyan: terima kasih Allah tolong abang... (sejuk hati mak nak).

malam lepas dia ulangkaji kitab Al-Matein dia. baca Alif Ba Ta.
Rayyan: Ali, ba, ta, sa, jim, ha , kho, dal, zal, sin, SYOM

oh my, aku tak tahan. tekup muka dengan telekung sebab nak gelak. jahat kan aku. dia tengah belajar, ada la salah sikit... 
tu mengaji tapi pakai seluar pendek. hish

haaa...tetibe teringat Rayyan nyanyi macam ni..
nabi kita Muhammad namanya
Abdullah nama bapanya...

pastu saya sambung: Aminah nama ibunya...
Rayyan: haaa, aminah??? cik minah tu ketawa jerit-jerit??
saya: bukan lah. bukan cik minah tu. ni Aminah nama ibu nabi!

tau tak cik minah tu sape?
"sep sep sep bom bom bom
air pasang dalam surut pukul lima
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi pagar
itik bertelur ayam menetas
cik baba jatuh dalam parit
mari CIK MINAH KETAWA JERIT-JERIT! 

urutdada


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------