klik saya

Friday, February 22, 2013

esok weekend yea

esok weekend...biasanya jadi waktu yang ditunggu-tunggu. sebab biasalah..waktu untuk bersama keluarga.
tadi jumaat macam biasa je kat ofis..kalau dulu keje kat shah alam jumaat adalah hari yang menyeronokkan. masuk keje jam 8 (lepas berlari dr parking kejar lif-cepat-cepat tekan butang tutup walau nampak orang ada nak masuk-terus ke tingkat 9-punch kad-baru boleh bernapas balik,
lepas letak beg, turun bawah balik gi beli breakfast kat kafe 1A yang tak berapa semenggah tapi located kat Quality Hotel tuuu...kadang siap ke PKNS semata nak beli bihun sup,naik atas balik pergi makan kat pantri sambil sembang sambil makan sambil ngumpat eh. tau2 dah tengahari
kul12.15 dah rehat, mulalah ronda semua mall yang ada keliling ofis! kul 2.45 baru masuk balik. lama kan rehat. heaven. tapi sekarang rehat pun sekejap je, kul1.00 sampai 1.45 jers. kijam tau. alah rehat lelama pun mana nak pergi? habis klass pun kalau hubby ajak makan kat luar ofis time lunch, pergi makan tepi parit.
tepi parit nih, bukan sungai tau. kalau sungai tu romantik le jugak, ala2 berkumandang lagu sungai Lui gituuu..tapi ni parit okeh, parit. hahaha bila duk tepi parit tu mula lah aku terkenang waktu rehat yang indah di shah alam. paling-paling pun makan kat alam sentral. begitulah adanya kehidupan saya di pulau indah ini...

so esok nak ke mana ye?
nk ke mall lagi ke? dua badik tu suka ler kalau ke mall. mak bapak dia le kene siapkan duit sebab diorang asal sampai je terus nak membeli. si Rayyan mula gelisah kalau dah lama kat mall, tapi masih belum beli paper. dia risau 'mummy tengok ni tangan abang kosong je tak de pape ni, macam mana????
maka kene lah beli, kalau kat alamanda tu pensil sebatang pun rm4, dua badik terbang rm8 dapat pensil 2 batang.huh
si abang lak kerja nak berdokong jer, yang adik lak asyik lah lembik-lembikkan badan minta dilepaskan. bila dah lepas, berlari tak toleh dah. letih mengejar si anak dara ai yang lasak nih.

ok babai.

No comments:

Post a Comment