klik saya

Monday, March 18, 2013

kami di Hartz Chicken

salam...
ntah ape mimpi hari ni rasa nak update
hai spider semua
banyaknya buat sarang ye...silakan lah...ada juga penyeri blog ni

ape ye?
tadi pagi ahad, bangun pepagi terus operasi melipat baju...cukuplah tak suka lipat baju..huhuhuhu
boleh tak nak request bibik untuk lipat baju jer? ada sape sape yang sudi?
lepas dah lipat baju, operasi sorting mainan Rayyan lak. letak geng2 otomen satu tong, ball satu tong, kereta dan segala kenderaan satu tong, lagi satu tong ada pelbagai. letih lah aku mainan dia banyak sangat. sambil sorting sambil bebel. kesian anak aku baru umur 4 tahun dah kene bebel. hehe...habis habis pun Rayyan jawab "biasa lah budakkkkk"

perut sudah kelaparan yang amat, maka bergerak ke sunway pyramid sebab nak makan Hartz Chicken. sape tak tau kan buffet ayam yang rm20 satu kepala tu? sebab sebelum keluar tu tanya Adel nak makan ape...dia laju je jawab ayam. betul dia nak ayam rupanya. bila nampak aku bawak ayam 4 ketul dalam pinggan, menjerit dia "ayammmmm!". makan makan makan. rm20 untuk buffet ok lah kan...berbaloi lah... kalau makan KFC pun RM35 tak lari dah untuk 4 orang makan. ni RM40 untuk 4 orang, makan ayam segala ayam, goreng KFC, bakar, ada nasik juga, lauk pauk, ada segala salad, potato, air panas, air sejuk, kek, buah-buahan, biskut... ok lah kan....apa lagi ko nak. dah makan duduk bersandar.

kat mall susahnya nak jaga si Adel, nak berlari ajer. kedek-kedek. kalau marah, dicubitnya kita balik... suka sangat cakap "ubiiiitttttttt". selalu yang jadi mangsa ubit Adel ialah daddy.  pastu belikan dia botol air baru, seboklah nak bawak, hish. mulut bising "adik nyerrr adik nyerrrr". Adel dengan Rayyan memang bawak air masak sebotol sorang. tiap petang bila amik dari skul selalunya habis air sebotol tu. ye lah diorang duduk rumah orang kan, biar ada air sendiri, diorang boleh minum anytime mau. sebab yang jaga tu pun mebi tak sempat nak hadap anak kita je kan...

bila lalu kat kawasan baju, dia cakap "mummy nak baju"...alahai kesian pulak. semalam pergi kedai HAri-hari belikan Rayyan beg sekolah baru, pun adel mintak baju tapi tak belikan sebab semua tak berkenan. ni dah semalam tak beli, kene lah beli kan. dah bagi dia sepasang, terus kat situ jugak atas lantai di duduknya, sarung seluar baru nak cuba terus. Adel ni si anak dara yang lasak. rambut panjang tak mahu di ikat -tetiba.

sekarang ni tak menyempat nak update blog. sebab satu kamera dah jual, lalu tak de gambar. gambar kat phone malas nak transfer. hmmmmm
keserabutan fikiran ye jugak. dengan keje ofis nye....dengan auditnye, dengan ISO nyer, dengan report nyer... dengan master nyer...  shhhhhhh



4 comments:

  1. Aku yg blum ada anak ni pn keserabutan otak thp maks jgk! Hahaha

    Semoga mu and family ceria2 slalu dan murah rezeki ye. Take care :)

    ReplyDelete
  2. "biasalah budak..." haha..rayyan..rayyan

    ReplyDelete
  3. Abg! Hartz chicken ni bukak lg ke? Kt belah mana yek?

    ReplyDelete
  4. bukak lagi...tp dah berpindah tempat. now dekat sebelah pintu masuk ke sunway lagoon tu....

    ReplyDelete