klik saya

Wednesday, May 8, 2013

ADELYA NUR RASUL

ADELYA NUR RASUL
oh, my Adel is 1 year and 10 months oredi
si montel yang dah tak berapa montel ni
macam2 perangai dia
memang beza dengan abang Rayyan
masih breastfeed
stock susu pun segan2 dah sekarang
tapi masih boleh la
sebab adik tak berapa mahu susu formula
dia minum jugak susu kotak semua tu
tapi kalau minum EBM boleh habis licin
tu la pasal walauuuu mak ni dah macam femalas nak pam, tetap pam jugak demi adik
Adel:
1- very the suka berlari kalau di mall. berlari dan tetibe baring. adoyaiii anak dara!
2- selalu kene buli dengan abang.
3- kalau kene buli, dia nangis jugak bila tak tahan. kalau kene cepuk sikit2 tu dia wat deeek je la.
4-tapi hati very the sensitip kalau MUMMY yang marah. pernah marah dia sebab nangis tak pasal2 dalam kete, pastu dia nangis lagi kuat. bila mummy cakap tanak kawan adik, terus meraung2 bagai, hempas2 badan. nangis tutup mata pakai tangan. kadang tutup mulut. ayu kan? ayu sangat!
sambil nangis jerit2 'tawan mummy tawan mummy'. yelaaaahhhh tawan lah. baru diam. terus 'ayam mummy...ayammmmm" --> sayang.
5-di nursery, nak mama nora sajer. cikgu lain semua dia tak mau. tiap kali amik dia mesti nora mengadu 'akak saya nak gi toilet pun adel tak bagi kak...masak semua dia folo"
memang adel dia kalau dengan orang tu, dgn orang tuuu je dia nak. mama nora dia dah la tengah peknen, esok cuti bersalin ape lah nak jadi dengan Adel. baby lain yang lebih muda dari dia semua duduk bawah, dia duduk atas riba. tuu dia conquer punya stail.
6-makan tak pernah nak bersuap. semua nak sendiri!
7- sekarang asyik memilih baju. kalau boleh hari2 nak pakai baju dora. lepas mandi jer nak cari "doya". kadang mummy kene sembunyikan baju dora sebab dah banyak kali pakai.
baju memang dia nak pilih sendiri kat lemari. taste sangat.
8-kalau beli pape untuk abang, dia mesti tanya "adiknye mana?''
9-kalau mummy dengan daddy bersembang dalam kete, dia mula lah "diam diam diam". kene sound lak mak bapak ni.
10-macam nak berjangkit dengan abang dah kalau bab bantal. tak boleh orang masuk 'kawasan' dia. nanti dia "tepiiiiiii adik nyer!" garang minah ni. ditambah dengan ubitttt.
11- suka mandi. tetiap pagi jam 6.30 am mesti nak mandi.
12-ratu muntah. kalau menangis, endingnya tak sah kalau tak muntah. mummy lak daddy kata pakar penangkap muntah. kalau adel muntah, laju jer boleh tangkap, kalau banyak, memang tak sah kalau mummy tak mandi muntah adel. huhuhuuuuuu. 

ok lah nanti update lagi yer....

2 comments:

  1. Mana nak tgk latest picture adel :)

    ReplyDelete
  2. Dah bijak dah dia ye.. Semoga Adel membesar menjadi anak yang solehah ye sayang..

    ReplyDelete