KADANG KITA RASA KITA TELAH MERANCANG DENGAN BAIK
TETAPI DIA SEBENARNYA LEBIH MENGETAHUI

Alhamdulillah
Dah selesai semua
Penantian saya dari tahun 2006 sehingga 2013.
Perasaan tu memang lah lega, tapi ntah lah, terasa macam tak ada perasaan pun ya juga..hehe
Apa yang saya nak cerita ya?
Macam mana saya boleh terjebak ke suatu jabatan di medical school.
Sebenarnya semasa saya di final year bachelor degree, saya dipanggil oleh timbalan dekan dan saya diberitahu bahawa seorang Prof dari medical school mahukan seorang student untuk master degree. Dan nama saya di calonkan sebab kebetulan pointer saya agak ok pada sem tersebut dikalangan pelajar melayu sehingga dekan mencalonkan nama saya. (bila difikir balik menyesal pun ada sebab buat pointer jadi ok). So ok laahhh saya pun terima tawaran tersebut walau bidang ni bidang yang baru di Malaysia, dan saya sendiri seram bila belajar fisiologi topic action potential!

So bila saya dah grad, tanpa menunggu lama, saya pun melaporkan diri di suatu jabatan di suatu kampus kesihatan di pusat pengajian yang hebat – sebagai pelajar master. Sebenarnya sebelum diterima sebagai pelajar master, saya melalui proses interview bersama prof j dan madam m. Semasa ditemuduga, saya menyatakan saya berminat untuk mendalami bidang psikologi.
Hari pertama saya di jabatan itu (masih ingat saya memakai baju kurung merah), saya diberi satu topic research yang memang asing bagi saya : stem cells.
Saya memang tidak tahu apa itu stem cells. Apa tu???? memang no idea at all. Saya pun mula mengoogle, stem cell itu ialah sel tunjang. Hah tuuu dia. Blur habis.

Maka bermula lah kehidupan saya sebagai pelajar secara tidak rasmi. Saya mula kenal dengan senior2 saya yang memang banyak membantu sepanjang perjalanan master saya. Saya mula kenal Dr. Zul, k.ijan (sekarang kakak yang saya panggil k.ijan ini ialah pemegang title DR), k.que, k.Rahida, k.ira –science officer, azim, ijal (kedua2 mereka berada di peringkat PHD sekarang). Tidak lama selepas saya di sana, dua orang lagi pelajar baru mendaftar masuk iaitu mizi (pelajar phd di Australia sekarang) dan Ajah (sahabat suka duka saya sehingga tahun 2008 bilamana beliau mengambil keputusan untuk menarik diri dari pengajian master kerana sudah tak mampu menahan tekanan). Saya juga kenal dengan sesorang yang bernama Shazana yang pada awalnya mempunyai banyak jerawat kecil dimuka dan saya serumah dengan beliau sehingga beliau berkahwin dengan Dr.Zul. (saya lah juga penggubah hantaran perkahwinan mereka). Btw dia sudah cantik sekarang kesan penggunaan SKII dan wuduk :)

Di tahun pertama saya, saya masih blur. Seriously blur! Sebab latar belakang pendidikan saya ialah zoology. Saya tidak kenal rapat dengan sel dan juga bacteria atau segala macam benda yang memerlukan mikroskop untuk dilihat. Saya tidak pernah kenal dengan pipet, tips, centrifuge, autoclave, clean room, semua lah. Totally new world untuk saya. Jadi saya agak perlahan untuk capture apa yang perlu saya buat untuk research saya ini. Saya belajar dengan mengikut senior saya melakukan research mereka. Masih teringat pertama kali saya bersama-sama Ijal memancung kepala bayi tikus dan mengeluarkan otaknya. OMG....saya seriau dan berfikir2 adakah saya boleh melakukan ini. Kerana research saya lebih teruk daripada ini-di mana saya perlu memancung kepala embrio tikus! Omg lagi sekali.

Masa berlalu pantas. Saya harus memulakan research saya! Dan saya bersendirian mula memancung kepala tikus di makmal, lalu saya bawa otak tersebut ke clean room dan culture.
Dan semestinya culture saya contamn! Dan paling surprise ialah saya telah mengkultur tissue, bukan sel! Huhu. Naifnya saya. Berketul2 tisu floating di dalam kultur flask. Sedih saya, tetapi sahabat saya Shazana dan Dr Zul sama2 memberi semangat kepada saya. Saya mencuba lagi, dan selepas beberapa percubaan saya telah Berjaya mendapat neurospheres yang pertama saya, somewhere in 2007. Saya lupa tarikhnya. Gembira bukan kepalang, dan Prof saya juga bergembira dengan pencapaian tersebut.
Hasil kajian saya telah mendapat liputan daripada beberapa akhbar tempatan. Antaranya ialah Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar Harian. Semasa pihak akhbar datang untuk membuat liputan penemuan sel stem di dalam otak tikus tu, saya masih berinai merah di jari. 2 hari selepas berkahwin saya perlu ke lab kerana Vice cansellor datang pada press conference tersebut. Lepas tu baru dapat pergi honeymoon...hehe
Berkahwin semasa belajar
Ya, saya berkahwin semasa saya di tahun 2 pengajian. Pada waktu itu saya berumur 24 tahun. Walau sudah berkahwin, saya masih menetap di rumah sewa kerana suami saya berada di shah alam dan saya di kubang kerian Kelantan. Jauh daripada suami memerlukan hati yang kuat,. Suami saya berulang alik dari shah alam ke Kelantan saban minggu tanpa jemu. Setiap pagi sabtu saya akan menunggu bunyi bas berhenti di depan rumah menandakan suami sudah sampai. Dan perasaan sedih pula akan terasa tatkala menghantar suami pulang (menaiki bas lagi) pada ahad malam. Sedihnya ditinggalkan dan Monday saya pada keesokannnya memang blues lah. Saya kerap berdoa supaya suami saya ditinggalkan bas. Jahat kan? Dan sepanjang suami saya berulang alik bertahun-tahun itu, beberapa kali beliau tertinggal bas. Seronok lah saya. Hehe. 

Tahun pertama perkahwinan kami belum dikurniakan cahaya mata, hanya selepas menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama kami diberi khabar gembira dengan kehadiran si kecil di dalam saya. Dan dengan itu bermula lah saya sebagai pelajar dan ibu mengandung. Setiap hari saya membawa si kecil di dalam rahim bersama-sama dengan saya di dalam makmal. Risau? Sentiasa risau memandangkan saya perlu mengedalikan beberapa bahan kimia yang toksik dan juga sinaran UV. Saya banyak mengkaji tentang kesan2 bahan2 ini kepada bayi di dalam kandungan dan semuanya menakutkan. Saya hanya mampu berdoa memohon perlindungan daripada Allah semoga kandungan saya sempurna hendaknya. Saya tidak berhenti melakukan kerja makmal dan saya masih memncung kepala embrio tikus semasa saya hamil. Perasaan bersalah memang selalu ada sebab ibu tikus yang mengandung itu dibelah perutnya dan diambil anaknya lalu dipotong kepala anaknya. Setiap kali prosedur itu dilakukan, saya akan memohon maaf kepada ibu tikus tersebut! Dan bila tiba masa untuk menggunakan cahaya UV, saya memakai baju makmal berlapis2 dan mengelakkan expose secara terus dengan UV. Saya juga memakai glove berlapis-lapis (habis duit geran beli glove). Saya masih ingat saya ditegur rakan senior saya, katanya lucu melihat saya yang membawa beg galas berisi laptop zaman dulu yang seberat-berat alam tu, dengan perut yang memboyot. Katanya depan belakang bulat. Huhuuuu

Ditahan di wad
Pada usia kandungan saya 33minggu, saya ditahan di wad kerana kandungan saya kekurangan air kutuban atau satu istilah yang dipanggil oligohydromnios. Saya sihat sahaja Cuma kandungan tidak berapa. Kelam kabut suami saya pulang ke Kelantan dan sahabat saya Mizi telah menjemput suami di airport. 4 hari ditahan diwad, saya minta untuk dipindahkan ke hospital putrajaya kerana kasihan kan suami yang telah mengambil cuti beberapa hari. Maka bercuti lah saya daripada sebarang kerja makmal selama 2 bulan lebih. 

Hamil anak ke-2 dan Rayyan dibedah
Di hujung tahun 2010, saya disahkan hamil anak ke-2. Dan disaat itu saya bertungkus lumus menyiapkan analisis flow cytometry saya, kerana saya mahu hamil dsisi suami. Tanggal 31/12/2010, saya mengumpul data terakhir saya dan terus pulang ke rumah saya di Selangor. Saya nekad meninggalkan lab dan merasakan data saya sudah mencukupi. Sebelum itu saya telah compile’kan data saya dan tunjukkan kepada supervisor saya untuk pengesahan beliau.
Di Selangor, saya mula menulis tesis, tetapi penulisan saya tersangat perlahan mengalahkan kura-kura. Dalam masa yang sama hati saya dan suami gundah gulana kerana anak sulung saya Rayyan bakal dibedah kerana undescendent testes. Pada bulan Mac saya dan Rayyan berkampung di hospital Putrajaya dan Rayyan dibedah. Kisah pembedahannya ada disini.

Menulis tesis semasa hamil dan di dalam pantang
Kandungan semakin membesar, dan dalam masa yang sama menjaga Rayyan yang berusia setahun lebih. Proses analisa data saya mengambil masa yang lama kerana saya perlu ‘recall’ segala ilmu statistic saya sebelum boleh menganalisis data dan membuat interpretasi.
Duduk lama-lama memang sakit pinggang, jika berbaring, macam mana mahu menulis? Endingnya saya menulis dengan perlahan sehingga tiba saat melahirkan Adelya. Saya berehat dari menulis selama 2 minggu dan selepas itu saya mula menulis dengan gigihnya. Walau di dalam pantang, saya teruskan jua. Dan dengan kehadiran si kecil, saya terpaksa menulis dengan sebelah tangan kerana Adelya tidak mahu dilepas. Berpantang-menulis-pangku anak-sebelah tangan. Itulah hasil tesis saya yang dihantar kepada pihak siswazah.

Terlewat!
Kerana kekangan kewangan dan factor editing yang berjela-jela dan juga berlaku kekeliruan tarikh deadline yang sebenar, saya telah terlepas tarikh deadline untuk menghantar tesis! Saya telah terlewat menghantar selama 3 minggu. tetapi saya tetap tebalkan muka dan submit pada pihak siswazah untuk diproses.
Kesannya, tesis saya ditolak untuk diproses. Saya dikira sudah terlebih tempoh rayuan. Saya mendapat surat penolakan rayuan (tersentap juga dengan penolakan itu) dan saya kembali menulis surat rayuan kali ke-2 dan dialamatkan terus kepada Vice Canselor. (surat pertama kepada dekan Institut Pendidikan Siswazah). Dengan sokongan dekan dan supervisor dan co-supervisor saya, kes saya kembali di bincangkan di Majlis Perwakilan Senat Universiti. Di dalam surat saya (ogos 2012), saya telah menulis tentang pembedahan anak saya dan saya telah melahirkan anak ke-2 dan bayi saya dimasukkan ke NICU, dengan melampirkan segala dokumen daripada phak hospital putrajaya. Selepas  hampir setahun setengah menghantar tesis, saya mendapat panggilan email daripada pihak siswazah memaklumkan rayuan saya diterima! Dan saya diberi tarikh viva pada 27 Jun 2013.

diduga lagi
tiba minggu saya perlu viva, suami saya diarahkan untuk ke Nepal atas tuntutan kerja. dan saya seorang diri perlu menguruskan anak-anak dan diri sendiri yang dalam keadaan stress dengan viva (research dah lama sangat dan hampir lupa apa yang telah saya lakukan!). namun perancangan Dia hebat, saya membawa pulang kedua-dua anak saya ke kelantan tanpa suami disisi. saya tidak fikirkan kesusahan kerana saya hanya fikirkan viva sahaja. alhamdulillah anak-anak saya memberi kerjasama yang baik, dan tidak pernah merungut. di Kelantan, saya menumpangkan mereka di taska untuk seminggu. kesian anak-anak...

Hari viva
Pagi khamis 27/6/2013, saya bangun awal jam5 pagi. Solat hajat dan subuh, saya siapkan barang-barang Rayyan dan Adel ke taska. Selesai hantar mereka ke taska, saya terus ke HUSM. Saya tiba di bilik mesyuarat timbalan dekan siswazah pada jam 8.30 pagi, 1jam setengah sebelum viva bermula. Saya ‘set up’ semua sebab saya mahu menggunakan laptop sendiri sebab tak mahu format slide presentation saya lari. Selesai semua, saya mulakan viva saya seorang diri sebab mahu set masa. Saya mengambil masa 30 minit untuk menyelesaikan semua slide, maknanya terlebih 10 minit. Jadi saya tahu saya perlu lajukan presentation saya. Selesai viva seorang diri, saya masih membaca topic-topik umum berkenaan stem cells. Tiba-tiba external examiner saya masuk, dan bertanya “Rasiah?” oh, saya sudah biasa nama saya salah disebut. Saya bersalam dengan beliau dan bersembang. Hanya bersembang kosong, tetapi saya tidak berani hendak bertanyakan tetang tesis saya kerana saya tahu ianya teruk. 

Tidak lama kemudian, co-supervisor saya Prof J tiba. Beliau minta saya keluar bagi membolehkan beliau berbincang bersama Prof F. Saya tunggu diluar bilik mensyuarat dan mengambil keputusan mahu ke ladies. Hendak kata saya gemuruh, tidak. Saya biasa-biasa saja. Alhmadulillah Allah kurniakan saya dengan ketenangan. Saya tidak putus membaca “Allahu sallim sallim” – Allah selamatkan ku, selamatkanku-.
Saya sudah bertawakkal. Tiada masa lagi untuk membaca sebarang nota. Saya duduk diluar bilik viva bertemankan sahabat baik saya K.Ijan / Dr Farizan dan K.Na, staf siswazah yang banyak membantu saya sepanjang kes rayuan saya. Tidak lama kemudian saya dipanggil masuk.

Pengerusi viva, Prof Madya Dr R memulakan sesi viva dengan ucapan dan mempersilakan saya memulakan pembentangan. Saya tidak pasti adakah saya diberitahu tentang tempoh masa yang dibenarkan atau pun tidak. Yang pasti, saya di soal tentang latar belakang pendidikan saya di peringkat ijazah sarjana muda. Saya mulakan pembentangan saya dengan yakin. Slide demi slide saya bentangkan dengan menggunakan eye contact. Hanya ada satu slide yang saya kurang yakin lalu saya membaca teks huraian di dalam nota saya, tetapi tidak disedari oleh panel kerana mereka khusyuk melihat presentation silde (nasib baik lah). Lebih kurang setengah jam, saya selesai. Dan saya dipersilakan duduk. Sebenarnya dari awal lagi pengerusi membenarkan saya duduk, namun saya memilih untuk membentangkan sambil berdiri kerana berasa lebih yakin dan suara dapat dilontarkan dengan lebih jelas. Ucapan pertama pengerusi ialah “thank you for your good presentation”, dan sesi soal jawab bersama panel dimulakan. 

Komen daripada external examiner ialah “what a good presentation, i can understand your research well compared to reading your thesis”. So lega disitu sebab dapat memahamkan semua panel. Sesi soal jawab berjalan lancar dan Alhamdulillah saya dapat menjawab soalan yang dilontarkan dengan baik. Kebanyakan soalan ialah tentang apa yang telah dilakukan sepanjang research dan banyak soalan yang cuba menjerat sama ada kita benar2 melakukan research itu atau pun tidak, dan adakah kita memahami setiap result yang kita dapat. Dan soalan daripada wakil dekan kebanyakkkannnya soalan umum seperti apakah masalah yang mungkin timbul daripada penggunaan stem cells. Dan apabila saya boleh menjawab soalan tersebut, beliau berkata “i’m glad that you know the answer. Means that you not only focus on your research, but issue that may arise from that”
Legaaa....
Saya diarahkan untuk keluar dari bilik viva. Diluar bilik saya duduk di kerusi dan tiba-tiba terasa sebak. Sahabat saya K.Ijan dan Zana datang memberikan ucapan tahniah dan saya memeluk kedua-dua mereka serentak. Tak mampu menahan lagi, saya menangis. Kedua-dua mereka yang dikenali dari awal memulakan perjalanan master dan sentiasa support each other.
Saya dipanggil masuk semula ke bilik viva, Pengerusi memulakan ucapan dengan memberikan ucapan tahniah dan hasil perbincangan panel bersetuju untuk meluluskan saya dengan perlu membuat correction dengan tempoh selama 12 bulan.
Saya memanjatkan syukur kerana saya sudah menunggu saat ini selama hampir 7 tahun. Saya diberi peluang untuk memberi ucapan, dan ucapan saya berbunyi begini “first of all, i would like to thank my supervisor, all panels and......” crying like what... “i’m sorry i’m speechless”. Crying and smiling. Prof J campakkan tisu kepada saya. Kami gelak. 

Selepas itu sesi bergambar. Panel sempat bertanya kepada saya macam mana saya rasa, saya menjawab “sudah 7 tahun saya menunggu hari ini”.
Selepas apa yang saya lalui, sedikit sebanyak saya tetap merasakan langkah saya 7 tahun yang lalu ke sana satu kesilapan, tetapi saya tidak boleh mengalah kerana sekali kaki saya melangkah, saya akan teruskan ke garisan penamat.

Saya dilabelkan sebagai wanita yang cekal dan penuh azam oleh external examiner saya Prof F. Beliau berkata, “tak apa walau kamu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan master kamu, tetapi hari ini kamu telah Berjaya. Dan dalam masa yang sama, kamu sudah punya dua anak yang sedang membesar”. Bersyukurlah!
“yang manis itu kenangan dan yang pahit itu pengalaman”....
Terima kasih kepada semua yang bersama-sama dengan saya dalam perjuangan ini. Saya mendapat apa yang saya hajati. Sesungguhnya saya tidak pernah terfikir yang saya mampu menghabiskan perjuangan ini, kerana ianya terlalu payah, ya terlalu payah dan menuntut pengorbanan yang besar. Namun, kerana adanya sahabat, pensyarah, keluarga dan tentunya suami dan anak-anak yang tanpa jemu memberi sokongan kepada saya, saya tak mampu membalasnya.
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang kini berada di alam PHD, saya bangga dengan semangat kalian. Dan berharap hati saya akan terbuka untuk meneruskan perjuangan lagi. Kita pernah sama-sama termenung memikirkan masa depan di saat semuanya terasa samar. Dan kita sama-sama menyanyikan lagu semangat walau pada ketika itu seolah sudah menemui titik noktah.
Alhamdulillah.

buat suami dan anak-anak, mummy love you.

sedikit gambar dihari viva:
dari pandangan saya sebagai presenter

dr kiri setiausaha En. Amir, saya, Prof J, Prof NS, Prof H. depan dari kiri Dr.S -pemeriksa dalaman, Prof Dr R pengerusi dan Prof F-pemeriksa luar.

with Dr Farizan
post viva lunch treat by Zana. tq dear.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------