klik saya

Sunday, September 29, 2013

Happy birthday

owh saya sudah 29 thun hari ini
alhamdulillah...
di ambang 30 ni... tapi feeling macam umur 18 jek. apa dikisah dengan umur kan...cuma kene sedar lah, bila dah tua buat cara org tua la...lebihkan ibadat tu --ingatan untuk diri sendiri.

Rayyan beria-ria nak celebrate bday mummy dia
(dah besar dah anakku...)
pagi-pagi dah ajak jom mummy kita buat kek bday mummy
dia tukang kacau aku tukang sukat
siap la jugak kek kami

bila petang daddynya balik, ajak daddy letak lilin atas kek mummy
suruh mummy tiup
lepas tu "jom semua orang sayang mummy" dia cium pipi mummy, pastu suruh adik dan daddy lak cium
terharu mummy nak nangis tapi cover..hehe

terima kasih anak-anak mummy dan suami juga
suami festime bagi hadiah handbag kat mummy
lepas dah 5 thn kawen ni
sebelum ni tak de hadiah pun belanja makan jek
ye ke? ke ai dah lupe...
maaf la sindrom tua dah menebal nih

1 comment:

  1. Happy belated birthday ecah! Terharu plak baca.. Hehe.. Alhamdulillah.. Banyak dah nikmat Allah dah bagi sepanjang 29 tahun diberi peluang menjalani kehidupan di alam yang fana ini. Moga ecah terus dikurniakan kesihatan yg baik, kehidupan yg bahagia, anak2 yg sihat, suami yg penyayang, rezeki yg murah, umur yg panjang dan diberkati dan terus menjadi hambanya yang bersyukur..

    ReplyDelete