klik saya

Monday, February 3, 2014

aku cuti...

salam...
kali pertama bercuti di hari cuti wilayah
sebab sebelum ni keje selangor kan...
menjeles husband, sebab dia keje selangor, maka pergilah kamu bekerja
daku bersenang-senang dirumah
anak-anak pun hantar ke sekolah
sebab nanti ketinggalan pulak pelajarannya kan...tapi hari ni boleh ambik awal sikit (kot :p)

blog ni macam bosan kan?
aku pun tak tau nak update ape
rasanya macam nak cash out duit nuffnang je rasanya

tadi lepas hantar anak ke sekolah aku terus gi tesco
abangla-abangla sibuk duduk mop lantai aku lak sibuk tolak troli
tepi tepi tepi
habis lah episod shopping bulan ni...bukan shopping ape pun, barang dapur jer
sekarang barang mahal kemain eh
kalau satu troli penuh tu tak sah kalau tak rm500
fedap tul hidup kat malaysia ni
hahaha nak hidup kat negara mana pun tatau

tadi aku beli tudung saji yang lace kat tepi tu, comel kemain
rm1.95 jek...hehe
comelssss ayu jer duduk bersimpuh atas meja makan
kesian kan, dah lama giler berumahtangga, nak masuk 6 tahun, baru ni pertama kali beli tudung saji..mesti suami terharu niii

esok kembali bekerja, bosan giler weh
tak de orang nak teman aku bersembang
aku suka sembang2 sambil wat keje
ini diammmm jer
lampu pun suram2 romantik jer
kalau nak masuk lab pulak, satu hal aku nak kene tukar baju segala
kemalasan melanda juga
nasib la keje lab nak tak nak kene masuk jugak
ada offer lain aku chow je lah
mati la kalu bos baca
tak bos, acah jer... (tau takut)

sekarang uniform macam ni:
mula-mula tanggalkan semua baju yang ko pakai, termasuk semua rantai gelang semua, and no make up allowed (sedih muka aku)
pastu pakai baju macam baju bedah yang doktor punya yang biru tu, bukan yang patient punya ya. yang patient punya seksi amat!
pastu pakai tutup kepala macam kat bawah ni dengan mask sekali

pastu basuh tangan (scrubbing) buang segala kuman malaun yang melekat kat tangan
pastu masuk bilik sebelah, pakai pulak jumpsuit macam ni:



pastu bila nak terkencing ko marah diri sendiri!
gila seksa nak terkencing, pastu nak bukak semua segala ni, pastu pakai baju biasa balik!

ok bye.

4 comments:

  1. mu kijo mana plok? hahahaha best lah pakaian seragam/korporat baru mu ni

    ReplyDelete
  2. Tak sah kalau tak tersenyum sorang-sorang kalau baca entry echah ni..hehe. Apa-apapun.. comel la uniform tu! ala-ala angkasawan pun ada..hehe.. Dah awak belajar bidang tu..kenalah hadapi keje macam tu ye tak? Tak layak pulak saya yang belajar bidang hartanah ni nak pakai uniform cenggitu. Tak yah fikir nak pakai baju kaler apa, baju mana nak match dengan tudung mana..haha.. Apa-apapun moga awak success di tempat baru ni!

    ReplyDelete
  3. Tak sah kalau baca entry awak kalau tak senyum sorang-sorang..hehe. Apa-apapun.. nampak comellah uniform tu. Ala-ala angkasawan pun ada..hehe.. Moga awak success di tempat baru ni!

    ReplyDelete
  4. Tak sah kalau tak tersenyum sorang-sorang kalau baca entry echah ni..hehe. Apa-apapun.. comel la uniform tu! ala-ala angkasawan pun ada..hehe.. Dah awak belajar bidang tu..kenalah hadapi keje macam tu ye tak? Tak layak pulak saya yang belajar bidang hartanah ni nak pakai uniform cenggitu. Tak yah fikir nak pakai baju kaler apa, baju mana nak match dengan tudung mana..haha.. Apa-apapun moga awak success di tempat baru ni!

    ReplyDelete