klik saya

Monday, March 31, 2014

beli barang murah sape tak suka kan?

Salam…
Hari mendung lagi..petang2 jer mendung kan..alhamdulillah nak hujan..hujan rahmat. Sejuk lah sikit bumi Malaysia yang tengah hot ni.
Cerita pengakap tak habis lagi..nanti lah, roh pengakap dah larik, tak sempat nak kejar..laju bebenor dia lari, tak melecet kaki ke awak…
Nak cite-cite ni..cerita hujung minggu macam biasa la kalau hujung bulan macam ni harus la terjah mall beli barang dapur
Ai biasa beli dekat TESCO, sebab dekat dan ada kad (macam pantun pulak)

Beli kat tesco sebab dekat
Ditambah pula dengan ada kad


Haaa jawab jawab

Tapi minggu ni sebab daddy ada bowling tournament kat Ole-Ole, maka kami pun beli kat Mydin jer… and guess what? Murah gilers! 2 troley penuh barang (saiz trolley Mydin kecik sikit dari TESCO), baru RM300++ tak ingat berapa
Daddy macam muka terpinga-pinga..300??? biasa beli macam tu RM400 ke RM600
Hahaha

Jimatttt

Tapi membeli belah kat Mydin ni tak leh rilex-rilex lah
Membeli belah macam masuk race gitu (eh, ai kan teringin sangat nak masuk pertandingan macam mencari barang kat mall gitu..macam masa kecik2 dulu ada banyak rancangan kat TV yang macam ni kan…ada senarai barang, pastu tolak trolley laju laju cari barang. Sape dapat betul dia menang..fuyyooo besh)

Ok kembali ke Mydin. Tempatnya sempit, orang pulak ramai yang hamat. Semua orang pun duk ‘ekiusmi, ekiusmi, ekiusmi’… lek aaa…ai pun nak ekiusmi dah ni. Tempat sempit kot…sabar sabar sabar

Begitu lah… membeli belah dengan pantasnya.

Semalam membeli di Mydin, susu Anmum RM27, tesco RM29
Milo 2kg RM28++, Tesco RM31.00 time ada sale
Milo 1 kg RM 15++, tecso RM17++

Rumah sekarang ni kene beli milo lebih, si Rayyan suka sangat minum milo. Nak suruh minum susu pagi-pagi jer. Selebihnya milo. Agaknya dah jemu susu kan…

Lagi, sabun Dynamo 4.1litre RM18++, tesco RM19.90 kalau ada sale, kalau tak RM24 ke 28 gitu
Sabun Lifebuoy RM15++, tesco RM19.90

Banyak lagi lah barang lain
Beza harga sampai RM4 tu banyak tu… berbaloi-baloi
Sekarang ni anak-anak dah free diapers, so tak de lah banyak sangat expenses
Kalau tak dulu pampers jer dah RM100 kan?

Sekarang beli barang dapur 600, bayar yuran anak RM930, kereta RM550, insurans PruBSN RM550, bil air RM260, letrik RM50, TM RM60, Celcom RM110, motor RM280…dan sebagainya…begitu lah rutinnya… bayar itu ini dah 3k lebih…duit gaji singgah kejap ke kat akaun, transit jer…


Ok lah, dah guruh. Babai…hari nak hujan, angkat jemuran.

2 comments:

  1. Sama juga dengan Rayyan ai. Suka sangat minum milo.. Siap kena campur milo dalam susu dia..huhu. Banyak kali mintak kat mummy dia ni nak rasa milo (ratah). Kadang-kadang je mummy bagi.. selebihnya no! Jimat cermat! hehe.. Ai selalu beli kat Billion. Senang.. bawah opis ai aje. Sangat jarang ke mydin sebab sempit dan tak mesra anak-anak (anak ai je 1 troli.. takde eskelator lak tu)

    ReplyDelete
  2. Billion kat mana mamirasya? murah tak? mydin mmg sempit. hari tu bawak 2 troli sbb anak 2. kalau mamirasya anak 3, cane nak tolak 3 troli tu.. hehe

    ReplyDelete