klik saya

Tuesday, March 4, 2014

blood cells



sel darah yang comels
salam...
nak cerita pasal anak bujang lah
minggu lepas theme kat sekolah dia ialah "inner body part", so belajar lah semua benda dalam badan kan..seronok lah dia bercerita.
being a biology student, aku pun ajar lah dia pasal blood cells.
oh yes, aku ada beli 2 set buku science book for kids. dah lama beli tahun lepas lagi, tapi release kat dia sikit-sikit takut dia muak. so far yang dah released were : WEATHER AND CLIMATE (selalu tanya mummy tu awan sirrus kan? a'aa ye kot abang... (hakikatnya mummy pun tertukar! huks), FIRE (ni basic ajar macam mana kalau ada fire, ape itu fire... dan latest is HEART.

mummy ajar apa ada dalam darah.
so now he knew what is inside blood and what is their function.
senang jer...guna bahasa budak-budak kan.
3 watak utama dalam darah ialah red blood cells (sel darah merah), white blood cells (sel darah puith) dan platelet.
function nya pula ialah, sel darah merah angkut oksigen masuk dalam badan, pergi dekat lung.
sel darah putih lawan kuman. (Rayyan betulkan aku, katanya lawan bakteria! kita punya lah guna perkataan kuman nak bagi senang...again dont under estimate your child ok. )
dan platelet untuk sembuhkan luka...

lepas tu ajar sekali what will happen if tangan luka...
first, sel darah akan keluar 
then platelet cepat-cepat pergi dekat kawasan luka tu
dia pun buatkan satu protein tutupkan luka tu...

sebab tu abang kene makan ikan, makan sayur banyak supaya sel-sel dalam badan abang boleh bekerja dengan baik

kalau sel-sel lemah, nanti kalau abang luka jadi lambat sembuh...

*mata bercahaya muka eksaited*




senangkan....
pastu Rayyan mintak aku ajarkan pulak part dalam lung tu alveoli, bronkus semua tu.
aku cakap semua untuk store oksigen... hehe takut dia pening... padahal nak cepat nak buat kerja lain pulak... (biasalah bila kat rumah macam-macam benda nak buat kan...)

bila tanya daddy, daddy pun tak tahu...

daddy student fizik Rayyan!

No comments:

Post a Comment