klik saya

Wednesday, March 5, 2014

Pengalaman kuruskan badan di Dorra Slimming; BYE BYE FAT

Salam...
morning alls
hari ni bos ai tak ada...so leh merayau jap
ai kan, selalu jer menterjebakkan anak buah ke arena lepak
semalam ajak anak buah duduk pantry, aku cakap jom, bos tak ada gi minum jap.
lupa sebenarnya ai have to guide them to follow the rules..huks

ok lah, ni nak stori mori sabtu lepas ai pergi buat slimming treatment!
badan dah membulat kekdahnya
so marilah kita redeem
lokasi :IOI mall, Puchong

masa sampai tu ingat kan sekejap jer, rupanya dalam 3 jam jugak lah baru selesai semua
kesian la hubby dengan anak-anak puas main, mummy tak siap siap lagi

mula-mula sampai tu kene register dulu
lepas tu dia ajak kite gi timbang dengan ukur jumlah lemak-lemak dalam badan

lepas tu ada sesi discussion
so dia tanya la kita pasal health history semua la
then tunjukkan result yang timbang tadi
harus la dia kata result kite teruk sebab semua dah over
lemak over, kolesterol over, semua over lah kau jah
dia buat muka macam terkejut lah gitu...tak yah terkejut sangat aku dah tau tektik kau nak perdaya aku, sebab aku baca banyak kat internet dia akan persuade kau lepas ni.
AKU DAH BERSEDIA!!!
*keluarkan pedang, simpan balik dalam baju*


then dia bawak aku masuk satu bilik. rupanya bahagian dalam tu banyak bilik2 kecik gitu, suram-suram gitu macam kat spa
lepas tukar kan baju, dia amik ukuran lilit badan semua then mulakan rawatan
by the way consultant yang treat ai hari tu nama dia Sam,nice girl, body pun lawa...harus lah kan.
kalau body dia hazab, harus kene buang keje. hik hik hik
dia baik sebab dia budak pengakap sama macam aku...tetibe kan
masa treatment dia cerita dia budak pengakap, pernah jumpa hantu semua
aku pun tak nak kalah , aku (tetibe jadi aku pulak, lantak lah...mood pengakap sudah merasuk dalam badan) cerita 'ai dulu masa pengakap pernah jalan 100km tau, sebab nak dapat lencana...' hebat tak cerita aku? nak bagi nampak macam aku dulu aktif, tak gemok sangat macam sekarang. motip. dia pun mata terbeliak. kagum lettew. kihkihkih

ok masa treatment dia letak 2 booster. mahal nih harga dia kalau pakej tu RM2000.
dia buat macam kat bawah ni:
ni bukan aku yer....

lepas buat sebelah kiri, dia suruh aku rasa.
'cuba u rasa, ada beza tak...kurus sikit kan'
'emmmm....hmmmmm....nak rasa ape ye?' aku tanya kat dia balik. bangsa blur macam ni lah.
'ni perut u dah kurus sikit sebelah kiri' eh, senget ke perut aku??? ok tak lawak
aku pun nak sedapkan hati 'a'aa laaa...rasa kurus sikit' agaknya la, sebab aku rasa macam firm sikit kat situ. efektif giler produk dorra ni kan...
dia kata 'kalau u amik gambar tadi boleh nampak lebih jelas beza nya'. eh, lupa nak cerita. lepas ukur tadi sebenarnya dia nak amik gambar perut aku. kononnya gambar sebelum dan selepas la kan. aku tak bagi, sebab aku terus terbayang dia guna gambar perut aku untuk testimoni, gambar perut aku terpampang kat billboard kat sebalah KLCC! tak mauuuuuu

so si Sam ni teruskan buat sebalah kanan pulak. sedap jer sebab benda tu panas panaas rasa macam bertungku gitu.
dah siap tu dia suruh aku tengok kat cermin. hmmm memang nampak kurus sikit. sebab aku pun lapar dah kan dah pukul 2pm, minum pagi tadi jam 8 am, mau tak lapa dan kuwussss

then dia sapu satu jenis booster lagi satu badan, lepas tu wrap dan biarkan aku baring selama 20 minit, berselimut. aku pun zzzzzzzzzzzzz tido terus.
lepas doploh minit, dia bawak aku gi masuk mesin ni, nama dia SPA ape ntah. ada lampu macam disco gitu. mesin ni macam kapal angkasa cerita senario tu.


kat sini duduk relax dan terlelap lagi....
rilex kau, suami tengah berkejaran dengan anak kat luar, kau datang mall untuk tidur! suami aku memang baik... ;p

masa dalam benda alah tu, aku berdoa dalam hati...cepat lah habis, aku nak gi toilet yang amat dah ni...
kesilapan ni, make sure bladder ko kosong sebelum masuk sini
kalau tak, hazab lagi

dah habis 20 minit, dia datang bukakkan wrap dan ukur lagi sekali.

so total lost aku 9cm++ for the whole body. wowww kuwus aku untuk seketika. lepas tu belasah makan nandos dengan cheese cake, tambah balik 10cm. extra 1cm dapat free.

lepas dah siap ni aku pun siap sedia, dia mesti persuade aku beli pakej dia punya. sebab aku surf tgk org lain pun kene paksa beli pakej jugak. so mental aku dah kuat. (siap kuatkan mental tu....)
so dia pun kata untuk badan aku, aku kene buat 30x treatment. harga satu treatment ialah RM699, so total ialah RM20,970
tapiiiii
tapiiii u dont worry aaa
hari ni punya price u dapat RM7999 untuk 30 kali treatment

jawapan aku senang jer... "oooo...7999. ok laa....treatment u bagus...ai rasa ada perubahan la, badan ringan sikit, firm sikit...tapi ai kene tanya husband ai dulu"... nampak tak?? aku jek jek dia dulu, hujung-hujung aku tak nak.

'oooo...ok. lagi satu ai rasa yang ni u boleh decide sendiri. u sign up untuk jadi member, nanti u dapat free 18 treatment, masa birthday pun dapat free tratment.'

'yang ni berapa?'

'RM600'

'oooo...best la dapat free treatment kan...tapi ai kene tanya husband ai jugak' again

lepas tu aku tanya dia macam2 hal lain macam hal selulit semua, so elakkan dari dia tanya aku. ini pun tektik aku bila jumpa polis, sebelum polis tanya aku, biar aku tanya incik polis dulu...'eh ni kenapa incik? ada ape-ape ke buat road block ni....' elakkan dr dia mintak lesen.

aku pun kata thank you, ambik free gift iaitu beg hitam dengan krim selulit, dan berlalu.

so far, treatment dia bagus la...best.
cuma tak mampu je lagi.
better work out sendiri untuk orang poket kempis macam aku ni...poket kempis, perut tebal.

kalau uollls banyak duit, aku rasa ok to try DORRA. sbb best.

ok baiiii
sekarang aku dah jadi macam ni. ok tifu jek


*all pics from google





13 comments:

  1. Berapa echah kena untuk rawatan kat sini masa ni? Kot-kot la kalau mampu..hehehe.. I pun lebih kurang gak.. poket kempis.. perut tebal..hahaha..

    ReplyDelete
  2. mamiraysha, echah buat free jer sebab redeem dengan celcom. kalau bayar tak pergi dah... hikhikhik. kat groupon pun rasanya ada jer voucher diorang untuk free trial...cekidout!

    ReplyDelete
  3. Sapa nk buat slimming dgn dorra yg berbayrlah blh contact saya...saya x blh buat psl pregnant

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    terima kasih sebab tulis pasal dorra ni...
    saya pun dpt free gift slimming treatment kt Dorra..
    risau jugak kalau bahaya ke ape...takut nnt kne charge ape-ape plak...hehe
    sekarang dengan yakinnye boleh la pegi buat treatment... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... sama-sama... mencuba tak ada salahnya :)

      Delete
  5. Sya bru je dpt birthday gift dar dorra ni, td die ade call utk decide treatmnt buat bila, trus cari kt google jumpa u punya blog, lps baca bru rasa yakin.. Thanx ye.. This coming sunday ni I punya appoitmnt.. X zabarrrrr ;)

    ReplyDelete
  6. Kan dia mntk tuk snap gamba kita kan..klu kita refuse dorg ok ke? Sbb pernah terkena kat london managmnt dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Dorra hari tu saya refuse dia okay je... :)

      Delete
  7. Hihi saya baru lpas g dorra .. mmg best treatment dia.. mula2 mcm x caya tpi sbb mmg best saya ambik package tu jugak sbb rasa berbaloi

    ReplyDelete
  8. Nak tanya kalau kat dorra kita dah bayar tapi kita nak batal boleh x.. sebabnya saya belum buat treatment yg berbayar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Intan, saya tak pasti. better call them to clarify ye...

      Delete