klik saya

Friday, May 2, 2014

Persiapa Raya : Episod biskut raya

Salam....
amboiiii rajin pulak update yer?
tahun lepas aku kategori rajin jugak lah buat biskut raya. sebab ada adik yang menolong. tahun ni adik-adik semua bizi. si Cik Ah kurus kering tu dah masuk maktab ambik diploma (marah ni kalau kata dia ambik diploma...ok fine, sambung dip perguruan lepas buat degree fizik, ok?) dan si Su Wa dah fly ke Aussie. tak de la tenaga kerja tambahan, so rasa nya tahun ni malas buat biskut lah. buat kek lagi senang.

Raya 2013 ai buat biskut:
SEMPERIT DAHLIA. btw, ai guna butter jenama Butter Rich ni. sumpah sedap gilers. pakai butter yang biasa ada kat pasaran ni, lagi sedap yang ni. tapi Butter Rich ni tak de jual kat sini, sebab dia untuk eksport jer. kalau nak beli tahun ni, kene place order dulu la gamaknya.

Then buat MAMACAREY. nampak tak ada corak mengarut kat bahagian bawah kanan tu? tu namanya testing. masa tu, tersalah teknik pukul telur tak kembang betul, sudahnya dia jadi cair. so tak cantik. aku amik, buang jer adunan tu, pukul telur yang baru. pueh hati.

cantik takkk? cepat cakap cantik.

tahun ni rasanya tak mampu buat MAMA CAREY sorang-sorang. sob sob. MAMA CRYING mungkin boleh.

pose sikit...

ni biskut MOON SABIT. nama di beri oleh Rayyan. ni sumpah sedap. berebut okeh masa kat kampung. lepas habis raya, repeat buat lagi. sampai serdak pun makan.



then buat biskut TEMBIKAI. ni sajer jer nak buat biskut cantik.

yang buruk-buruk kat tepi tu Rayyan yang buat.



sebelum cuti Raya, bagi anak buah kat ofis biskut sebalang sorang buat rasa....
ok itu jer...babai...

2 comments:

  1. Wah.. dah ada entry raya la..hehe.. pandainya echah buat kuih raya! saya suka mama carry tu. Sedap! tapi ai pandai makan je.. tak pandai buat sendiri. Macam best je jadi anak buah echah kat opis.. nak jadi anak buah bleh? dapat kuih raya sebalang..hehe..

    ReplyDelete
  2. heheh mamirsysha...tak payah jadi anak buah...datang jer raya kat puchong ni... :)

    ReplyDelete