klik saya

Thursday, May 1, 2014

Persiapan Hari Raya : episod make over rumah

Salam
hari ni dah 1 Rejab. alhamdulillah...
sape-sape yang belum ganti puasa lagi tu jangan la ditangguh-tangguh lagi yer...cepat-cepat ganti. karang orang belum mula puasa ramadhan, kau dah mula dulu.
bila dah masuk Rejab ni, elok lah kita banyakkkan puasa sunat, kene lah berlatih kan..tak de lah mengejut sangat masuk Ramadhan nanti.
tapi...bila pergi mall, sebenarnya ramai yang dah mula buat persiapan raya. caya ke tak? harus kene caya!
kami belum buat ape-ape pun. tahun ni masih belum ada plan lagi...

masa raya tahun lepas 2013, kami tukar langsir jer...saje jer nak bagi rumah cerah. daripada mood cozy cozy, terus cerah bercahaya rumah

rumah asal dengan langsir lama. langsir ni guna dari tahun 2011 lagi. sebenarnya belakang langsir cukelat tu ada langsir sheer putih, tapi masa ni pergi basuh. dannnnn dan langsir tersebut koyak sebab basuh dengan mesin. boleeehhhhhh????

then tukar ke langsir ni. stress tau beli langsir ni. sebab mahal tak memadan/ bukannya lawa sangat pun dia, tapi harga ya ampuuuunnnnnn. kenapa beli jugak? biasa la, kalau pergi dengan orang lelaki kan, tak de der boleh balik dengan tangan kosong sekadar survey=survey. bagi dia, beli terus, nanti tak de masa. fedap tul! mentang-mentang dia bayarkan kan kannnn...grrrrrr

then tukar karpet jugak. yang ni harga ok. RM70 jek. hehehe. berbaloi baloi

then, beli set meja makan IKEA ni. RM299 kalau tak silap. ke RM229 gitu lah..maaf kan hamba yang sudah nyanyuk.

ok sudut jauh sikit. hahahaha padahal sama jek. rumah sekangkang kera begini lahhhh

sudut ke kiri sikit. hahahahahahaha lantak lah

ok nak gedik gedik ala ala surpriiiisse eric kan, so kene ada lilin. balang letak lilin tu sebenarnya botol PREGO, dan pokok tifu tu beli kat nilai. harga dia RM6 plus minus lah yer. lilin ni kan, wangi sekejap jer. so jangan terpedaya.

pastu lepas 2, 3 hari kemas-kemas rumah, tetibe ada Dato' nak taja barang raya kami. so kami beli la sarung kusyen biru tu 3 ketul kat AEON. Dato' tu dia saje jer nak bagi voucher kat hubby untuk raya. lupe nama dia. anyway thanks Dato'. u know who u are. ceh, macam Dato' ada masa baca blog aku kan. lebih voucher beli sarung kusyen, perabihkan beli mainan Rayyan dengan Adel, RM50 sorang. amboi, mewah anak aku beli menan RM50. nak harap mak kau beli memang takkk laaaa

awwww meja bawuuuu. teko kat atas meja tu beli kat sini-sini jer, puchong. RM1.50. kalau cakap RM10 pun orang caya kot. tapi hakikatnya beliau hanya berharga RM1.50.


macam biasa...ulang tayang full spec

ulang tayang lagi....hahahaha. ok lah. babai. tahun ni nak tukar jadi caner pulak yer.....nak tukar sofa aci tak? tapi kene jual sofa ni dulu RM1500 minimum. agak-agak ada orang nak beli takkk?? gagagaga

3 comments: