klik saya

Monday, July 7, 2014

lagu raya...aku dah ceria (sikit)

Salam…
Hari ni aku baru masuk keje balik
Minggu lepas 2 hari dapat MC
Aku kan tak larat, sangat sangat lah tak larat, sampai tahap berdiri pun pening, apa pun tak boleh
So aku merintih-rintih dekat whatsapp group

Tetibe member aku mesej

‘isah, kalu ko tak larat datang klinik aku. Nanti aku bagi MC’
Wow, aku pun ape lagi, malam tu lepas berbuka, solat isyak terus la aku ke klinik. Kalau tak kene paksa memang tak de der aku nak gi klinik. Tadi pun aku berbuka minum air jer. Badan pun dah ketar2.

Member aku cek, hmmm memang darah aku rendah (lagi). 80/50++. So beliau bagi aku MC, siap Tanya ko nak berapa hari? Harus la ai malu ok. Dia bagi aku 2 hari. Horeeeyyy la aku. Terus 2 hari tu aku tidooo je kat rumah. Memang lemah betul badan ni. Pastu siap bagi aku diskaun 50%. Budak kaunter tu muka pelik, eh, doctor bagi diskaun????

Hari sabtu pun aku isi seharian dengan tidur.

Ahad, terpaksa bangun sebab nak gi bayor kete. Dah berapa haribulan ni woi, kete lum bayar. So aku seret kaki follow hubby gi alamanda. Kejap2 aku duduk. Cangkung pun cangkung lah, aku fedulik hape.

Berat aku pun dah turun ni. Tak tau la bape kilo. Aku rasa aku kuwus sebab aku muat balik baju2 lama aku. Hmmm…ni untuk seketika je ni. Lepas ni kembang balik lah badan ni haaa…

Tadi sampai jer ofis, aku tengok ada surat atas meja aku. Tengok surat konfem. Seedeeey betul. Dah lama keje baru komfem. Lepas tu tulis jawatan aku  -assistant vice president-research. Dah bile pulak aku bertukar jadi research pulak ni…

Lantak ko lah labuuuuu
Malas aku nak piker ha.
Buat keje sudah.

Pagi tadi kan, aku dengar CD lagu raya, ada takbir sekali tau.
Alamakkk ehhh, series rasa nak balik kampong dan dan tu jugak. Nasib baik tahun ni turn kampong aku. Kalau balik Melaka dulu, seedeey la mak incik.
Nak balik kampong!!!!!!!!

Doakan aku ceria dan sihat selalu yer!

salam



No comments:

Post a Comment