klik saya

Wednesday, October 15, 2014

Homestay for Muslim at Pulau Pinang...sesuai la untuk gi konvo


ni master bedroom.
Salam
Rasanya musim konvo dah dekat ni...
masa saya konvo di USM bulan april 2014 yang lepas, jenuh juga la buat survey nak sewa homestay yang mana kan...sebab saya cari homestay yang ada ciri-ciri ni: 

-3 bilik
-semua bilik ada queen bed
-ada aircond
-tak jauh sangat dari USM 

 nak sewa hotel, sebab kami pergi 3 family, macam tak berbaloi pulak rasanya. so prefer homestay. google punya google, saya jumpa homestay ni.. DY'HNA HOMESTAY. 

so far ok lah juga homestay ni...walaupun agak kecik, tapi kami bukan lah sepanjang masa lepak kat rumah kan. so tak la rasa crowded sangat. tapi antara kekurangannya ialah toilet ada satu je uolllsss...kalau sakit perut berjemaah pepandai lah. tapi rumah ni ada aircond dekat master bedroom dan hall juga. selesa lah. rumah pun ada karpet kat semua bahagian termasuk dapur...kira ala-ala hotel juga lah kan...(nak juga). kemudahan asas macam cerek dan iron pun disediakan. kalau ada ape2 tak cukup pun boleh call je tuan rumah..nanti dia hantarkan. cuma mengikut kata tuan rumah, dari rumah boleh nampak laut. tapi sebenarnya kene jenguk jenuh juga la. jengukkkkkk ke kanan baru nampak laut. tidak lah rumah ini mengadap laut pun... begitu.. jarak dari homestay ke USM lebih kurang 10 -15 minit, sebab tempat ni kawasan sungai pinang. ok lah kan daripada sewa area Feringghi sana, jauh juga nak sampai ke USM. 

ni 2nd room. 

ni 3 rd room. budak2 menjakun. bilik ni kecik sikit.

dapurnya

hall
harga...kalau masih sama ialah deposit RM100, balance bayar masa amik kunci RM240, untuk 2 malam. ok lah kan...

contact homestay ni: 012-5444782



ok lah...babai. rindu Pulau Pinang.

3 comments:

  1. wah...menarik info pasal homestay ni.

    Jom singgah sini.

    http://vitalicious2u.blogspot.com.

    ReplyDelete
  2. homestay ni ade lif x sis

    ReplyDelete