klik saya

Friday, November 28, 2014

berdebar je hati ai ni

salam...
lama rasa tak sembang kat sini
ni macam tetiba rajin pulak kan
kalau tak manjang malas je keje
hari ni ai rehat sejam je tau, walau hari jumaat
rasa hebat sangat pencapaian ni...hehehee

esok konsert sekolah anak-anak
tu yang debar jer
hahahaha
over tau
ai memang over tiap kali konsert
tak kira la konsert anak sendiri ke, anak saudara ke
ai memang akan emo berlebihan
tahun lepas attend graduasi anak sedara
baru mula persembahan pertama ai dah sebak
bukan sebak sikit-sikit, tapi sebak sampai tak boleh telan ailio
rasa macam waaahhhh anak sedara aku dah grad
gituuuu
hover
tapi kaver tau. malu pulak nak nangis bagai kan
tu anak sedara tu
tahun depan Rayyan grad 6 tahun, tak tau lah macam mana

esok Rayyan dengan Adel buat persembahan juga
jadi nyamuk katanya
tema konsert tahun ni 'life cycle of mosquito'
amboi, sains sangat sekolah diorang
tengok la cemana 2 ketul tu jadi mosquito esok
si Adel tu aku takut terkaku je kat stage
dia kan pemalu...heheheeee

ai hari ni pakai jubah yang tempah masa raya hari tu
rasanya baru 2,3 mgg tak pakai
ni ketat yang amat hazab rasanya
apakah....
stress memikirkan pagi2 tak de baju nak datang ofis
tu kadang pakai tshirt dengan seluar jer
sangat tak professional tau
tak de dah gaya-gara exekutip ni
memang selekeh tahap ape ntah
tapi kan bila ai terlampau selekeh, selalunya hari tu akan terserempak dengan orang yang dikenali
maluuuu
rasa nak sorok muka bawah kusi
dah la tak mekap
muka pun kusam sedeh jer
tak apa lah, ai cantik cantik depan husband jer...
(sedapkan hati)

ok lah babai...
ada rajin kalu, update lagi...

budak nyamuk


No comments:

Post a Comment