klik saya

Thursday, December 11, 2014

Sekolah tadika di Taman Putra Perdana, Puchong: Putra Perdana Integrated Children Development Centre (PPICDC) Montessori

Salam…
Hamboi, panjang pula tajuknya ya
Macam tu lah nama sekolah anak saya
Masuk tahun 2015 ni tahun ke-2 lah si Ryan dengan Adel sekolah kat situ…insyaALLAH..
Mula-mula nak tukarkan sekolah dari tadika kat Pulau Indah, memang pening juga lah misi mencari kan
Tiap petang hujung minggu kami tawaf putra perdana cari sekolah
Ni cerita tahun lepas lah kan…
Sampai la terserempak dengan sekolah ni


Nak kata berkenan terus tu tidak lah kan…sebab sekolahnya bukan jenis fancy-fancy tau
Tapi kite berkenan tang laman dia luas…boleh la dua badik yang rumah tak de tanah tu berlari petang-petang kan…
So secara rasminya dua badik tu daftar sekolah ni pada akhir tahun 2013

Yuran dia affordable lah…sebab yuran tahunan di bahagi kepada 2 semester, so bayar 2 kali
Sesetengah tadika tu yuran kena bayar lumsum masa pendaftaran kan….mana mampu wes

Masa survey2 dulu ada juga lah mintak quotation tadika Montessori kat area sini juga, cantik la sekolah dia…tapi yuran tuu…gulp gulp gulp fitam bangun balik. 3k++ perlu dijelaskan masa pendaftaran untuk 2 orang anak. Nanges tak berlagu laaa. Kalah nak masuk U tau.

So far lepas setahun kat sekolah PPICDC ni, Alhamdulillah anak-anak menunjukkan peningkatan yang baik…
Rayyan (5yrs) dah boleh membaca Bahasa Melayu, English dan jawi, bersolat, mengaji juga
Adel (3yrs) pulak boleh mengeja dah… macam number and abc tu dah hafal la kan…hehe
Dan diorang pun seronok ramai kawan kat sana.

Petang-petang ambik diorang pun peluh-peluh sebab berlari main taman. Seronok lah kan…kat umah nak berlari sikit kena marah, sebab takut orang rumah bawah komplen… memang kene komplen pun anak suka lompat. Huhuhu…adab duduk apartment begitu lahhh

Antara ciri yang kita suka kat sekolah ni:

1)      Teacher dia ramai (walaupun student pun ramai..200++ student). So pembelajaran dilakukan dalam kumpulan kecil, one to one.
2)      Laman luas. Ni dah cerita tadi…  sekolah ni dia amik 3 unit corner lot.
3)      Berdepan dengan sekolah kebangsaan, which insya Allah senang sikit nanti Rayyan darjah 1 terus transit kat sini jer…
4)      Tadika berdaftar of course
5)      Setiap pagi ada receiving student yang mana teachers akan tunggu di pagar dan greet semua student yang sampai. Begitu juga time balik. Ni maybe pengalaman sekolah yang lama, nak hantar anak ke sekolah, kita parents hantar, tapi tak de sape sambut pun. Duduk la anak kita tercongok kat dalam kelas tu. Kadang risau cikgu dia ni perasan tak anak aku dah sampai ni….
6)      Bab makan, memang diberi jadual lah kan. Menu nya pun so far puas hati, berkhasiat. Hari-hari Tanya dua badik tu makan ape, ada la jawapannya makan telur, ayam sup, nasi, mee. Lega lah juga dengarnya. Petang2 pun makan kek, biskut, milo. Bila budak-budak main taman, ada la teacher yang tunggu bawak air masak, bagi budak-budak minum sambil lari-lari tu kan.  Ni pun kite compare dengan sekolah lama, which ai mintak menu dengan teacher, diorang tak boleh nak provide. Bila Tanya anak makan apa, pun anak2 tak boleh nak cerita. Yang paling ingat anak cerita makan maggi.. tergezut sgt tau. Minum pun teh. Budak-budak tak elok sangat minum teh. Susu pun memang tak berluak, nak kata topup every month tu memang tak lah. Kat PPICDC, memang jadualnya wajib minum susu tengahari sebelum nap time. So stok susu laju lah sikit.
7)      Dari segi jadual belajar, pagi-pagi setiap hari mula dengan kelas Iqra’ dulu. Lepas tu baru subjek lain. Satu sem sekali ada report card day kan, so dapat tengok apa diorang dah achive. Tebal juga buku latihan budak-budak ni. Tapi as parent rasa seronok la tengok anak buat aktiviti dalam kelas kan…
8)      PPICDC ni guna English medium. So communication semua in English. Tapi balik rumah mak bapak cakap melayu, anak-anak pun melayu juga lah. Heheheeeee.
9)      Alat bantu mengajar yang banyak and attractive.

Ni ambik dari laman web dia: Putra Perdana Integrated Children Development Center (PPICDC) Montessori was established since Year 2003 in Putra Perdana, Puchong, Selangor, Malaysia. Today, it has five buidings adjecent to each other, which houses 2-12 years old students. 
At PPICDC Montessori, we believe in developing an all rounded human being. We believe that education begin at birth. Hence, at this early phase of child’s growth, the center focuses on educating human potential, which includes the development in PHYSICAL, INTELLECTUAL, LINGUISTIC, EMOTIONAL, and SOCIAL aspects of child.
 Why PPICDC Montessori?
At PPICDC Montessori education we provide a range of experiences that will stimulate a child’s love for learning and discovery with the right approach:
– Small learning group
– Conducive environment
– One on one attention
– Individual learning
– Freedom to work and move within classroom
– Outdoor games
– Multisensory materials to develop
– Vertical group

Apa lagi ya? Tak larat nak fikir dah. Nanti update lagi.

Tahun depan kat sini lagi sekolahnya.

Get ready annual fees naik sikit, jadi 1200.00++ untuk 2 orang. Yuran bulanan RM480.00 x 2 = RM960.00/month.

Kadang terfikir juga, kalaulah 960.00 tu simpan setiap bulan, maknanya setahun ada dalam RM 11,520.00. banyak tuuuuu

Tapi daddy marah kalau pikir camtu. Katanya duit tu rezeki anak-anak. Hak diorang untuk belajar. Kita mak bapak kena kerja cari rezeki diorang. Betul juga, saje je nak pikir… heheheee. Dulu pun sebelum tukar ke puchong, RM1000.00 sebulan tu buat isi minyak kete dengan tol jer. So daripada bagi duit kat PLUS, baik melabur untuk pendidikan anak-anak…

Ok lah, jom layan gambar konsert anak-anak hari tu… temanya perangi denggi. Very the biology tau. Kene sangat dengan jiwa mak.



anakanda tengah jalan nak naik bas gi UPM. student kene naik bas, tak boleh datang dengan parents



photographer of the day


persembahan....

student umur 2-3 tahun buat persembahan. gedek2 menari jadi nyamuk. gambar semua blur sebab dewan gelap. mak pulak tak pakai flash. 























cer cari anakanda. ni semua student kat sekolah


semua pun kalut dok babai. tengok mata diorang melilau cari parent. tapi dewan samar2 romantik so diorang tak nampak.

senget badan si Adel.

macam makyung pulak budak muk ni si Adel. 

spot Rayyan













amboi mommy membesar bagai juara




 masa konsert tu kemain rakam persembahan Rayyan, tapi tetibe kamera tak save. kehampesan betul. tak apa lah, tunggu official photog bagi CD nanti...


ok lah, babai...
salam

6 comments:

  1. Bagus sekolah ni. Betul jugak cakap en asben tu. Hak anak-anak. Dalam gaji kita memang ada bahagian untuk mereka. Tapi kadang2 otak kita saje je nak memikir kalau..kalau..kan? Hehehe. Takpela walau tak mewah.. tapi bahagia bersama suami dan anak-anak. Echah pregnen ye? Tu la, rasanya saya ada komen entry echah yang teka ntah2 echah pregnen kot. Cek tadi rupanya saya ada komen entry bertarikh 9.6.2014. Kira2 dalam 7 bulan la sekarang? Tahniah!

    ReplyDelete
  2. betul...saje je kite pikir2 kalau2 kan..hehe. padahal asben pun yg bayor tiap bulan. hehehee. iye mami, echah peknen, dah 8 bulan lebey. hahaha entri tu masa tu xtaw peknen, lps tu br tau. anak no 3 lambat sikit la cek nya... :) dah x lama nak meletop ni...

    ReplyDelete
  3. alamak cari2 no tel tadika tak jumpa pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi... no tadika 03-83181615 (teacher Naza)

      Delete
  4. Nak tye la yuran dia mcm ane yea.. tgk sis cite mcm best jew nak masukkan anak sy umor 3thn

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuran dia monthly RM480, iqra class RM30. annual fee bayar 2x setahun, saya tak ingat amaun yang tepat, tapi lebih kurang RM400 gitu..

      Delete