klik saya

Friday, November 20, 2015

Marilah kita survey rumah idaman lagiii

Salam
Salam jumaat
tengah rehat ni kan...jom kita jalan-jalan kat mudah lagi
cari rumah idaman
kriteria yang nak ialah:
-ada tanah
-double storey
-kawasan yang okay (tak jauh sangat dari pekan/ bandar)
ada kemudahan asas macam sekolah anak/sekolah agama

nak ada tanah tu daddy punya kriteria...aku pun suka juga, cuma bagi aku kalau dapat tanah sikit dalam 3, 5 kaki dah ok sangat dah...
tapi daddy kalau boleh nak tanah luas, sebabnya tak pasti lah...mungkin in future kalau nak besarkan ke hape...atau mungkin sebab anak2 dia suka bercucuk tanam

jadi sebagai tukang survey, aku harus memenuhi kriteria ni
sebab daddy tukang approve jer
yelah, beliau bizi orangnya
maklum je lah

kriteria tambahan bagi orang tamak macam aku ni...
-nak guarded house
-ada jogging trek
-ada taman permainan ;ni rasanya semua rumah pun ada kalau betul rumah ada CF

sebab pernah tau kami pergi survey rumah area Teluk Gong sana, single storey semi D, ok lah design dia, tapi rumahnya tak banyak, ada 1 row je, then rumah tu takde CF. ya, TAKDE CF. sebab nya ialah tu projek kampung, so tak perlu CF. pastu letrik nampak macam tak proper, takde TNB punya rumah tu kan, then lagi banyak nyamuk...hehehe. baru gi melawat je dah penuh kene hurung dengan nyamuk. kalau jadi duduk situ, jenuh lah pulak nak pasang jaring 1 rumah. nasib tak jadi beli, sebab abang kite kata jangan beli rumah takde CF, takut masalah kemudian hari. then lagi rumah tu geran bersama...together gather dengan jiran tetangga. boleh pecah geran katanya, tapi buyer perlu urus sendiri. alahai banyak kerja pulak kan... so tak jadi beli.. harga rumah tu dalam 250k. ni cerita 2013 dulu..

Jom tengok harga rumah hari ini di mudah:

Haa, nak pitam ke tak dengan harga rumah sekarang ni? kalau double storey corner, starting 500k

 Ni antara yang berkenan juga...tang design jelah...tang harga memang tak mahampuuu
 kasi can lah aku berangan yaaa...sesungguhnya berangan itu tidak memerlukan modal. 578k. mampu tengok je lah


tetiba terjumpa yang ni. 410 k je... jeng jeng jeng...

Thursday, November 19, 2015

Adik Sofea

Salam...
kejap jer dah besar ini budak
love love love


pagi tadi...orang bersiap nak pergi kerja, dia pun sibuk la jugak ikut ke sana ke sini...habis di langgar kaki orang pakai walker ni.

Thursday, November 12, 2015

Survey rumah...landed house..mahalnyaaaa

Salam
bersiaran kembali
cepat2 sementara tunggu bos sampai
saje nak clearkan memory telefon yang asyik warning storage full
boring betul telefon ni...dah delete pun masih full
tahap IG semua kene uninstall
sekarang hanya ada whatsapp dengan FB je
game lagi lah tadek
Rayyan dengan Adel pun kata telefon mommy boring
hahahaha

okay2
sebenarnya nak share rumah yang kite survey2
hoi mahal weh rumah sekarang
mahal sungguh
tapi lagi tunggu lagi mahal kan?
masa survey tu, harga single storey RM300k ke atas
kalau double storey RM400k ke atas
ingat nak cari yang 200k jek
langsung tadek ye
kalau ada pun rumah sedey sangat
nanti jenuh nak repair
yelah cash kite tak banyak mana pun kannn

then bila nak survey, contact member ejen hartanah
dah dia forward2 gambar rumah semua
kite cakap kat dia nak cari rumah bawah 400k, nak yang ada tanah
katanya hampir mustahil nak ada
hahaha nangis

kebanyakan atas 400k
ni rumah-rumah yang dia forward

harga dah lupa daa
yang tau mahal
tak mampu bayar 10% pun


400k++. kene sedia 10% downpayment. Puncak Alam. pangkah

ni dah berkenan...tapi rupanya townhouse. terus tak jadik... sape nak rumah ni masih availabe. walaupun townhouse, tapi rumah dia bapak luas. cuma tak de tanah. so pangkah. Bandar Saujana Putra. 

pastu gigih pulak gi show unit, nun kat semenyih sana 
Semenyih parkland
pergi pulak time lunch hour jer
sebab biasa la kan, ejen call cakap kalau u nak, kene datang by today, sbb ada last unit
masa tu nak kata nak sangat tu tak de lah
just saje nak survey
sebab macam semenyih
hoi jauhnya semenyih
gituuuu

iklan dia rumah kaler grey
bila sampai, eh kuning?
why????
dia kata yang grey tu harga 500k.
hahhahahaa
verangan lah ko

yang ni rumah dia, dalam 350k


tu ejen, nama dia Ann

tingkat atas semua floor dia macam ni
cantik la
tapi rumah ni kecik jer
dan pendek
kalau tak silap bukaan dia 16 feet ke 18 feet gitu
lupa dah
no wonder harga 350k

so Ann ajak gi ofis dia kat Branang untuk kira2
so ikut je lah
hati ni tak kenan sangat dah
sebab kecik nau...even store pun tak de
so macam tak de beza pulak dengan rumah atas kayangan sekarang, yang barang banyak, end up rumah tetap nampak sepah
yelah, bukan nak besar sangat2
tapi nak ada tanah sikit jadi lah
at least tanah 3 kaki belakang rumah pun jadi
janji boleh tanam2 sikit2
gituuu motifnya

masa tengah kira2 tu, tetibe dia cakap
owh sorry miss
someone has paid 3k tu book this last unit
so no unit available for u

ok lah
aku pun tak nak
heheheh

so tak jadiii
dia suruh aku beli single storey kat situ
tapi mahal sikit dalam 420k
sebab saiz dia besar sikit 20x70 feet

aku kata nanti fikir dulu
terus pecut balik putrajaya
lalu kat setia group punya projek
telan ailio
tak mampuuuuu

so seterusnya survey lagi
sebenarnya tak de serius sangat nak beli pun
sekadar survey2

kisahnya bermula bila kami jalan2 kat The Pulze cyberjaya hari tu
tetibe daddy asyik duk tengok booth jual rumah
orang tu pulak tengok husband aku macam berminat, so dia pujuk2 lah
rumah tu single storey RM320k
rumah dah siap
kat Teluk Panglima Garang
CF pun dah dapat

pastu bila dia tengok anak2 aku melasak kat situ
dia kata, zul baik awak beli yang corner lot ni
baru 395k
lagi best ada tanah luas, anak2 awak abang tengok ni lasak
boleh diorang berlari kat tanah ni

memang tu pun impian kan
nak anak2 main kat rumah sendiri
punya laman sendiri
but
semua tu tak mudah
semua perlu fuluuusssss

dia pun cuba kira2 harga rumah dengan gaji daddy
dia kata boleh sangat
yelah, komitment dengan bank tak banyak
komitment yang bank tak tau tu caneeee

dia kata 'abang heran, awak gaji camni, dah umur 31, kenapa belum beli rumah...'

ada la kisahnya kami kene tipu sampai nama CCRIS

tu nanti lah story mory
macam mana aku nekad busukkan nama sendiri demi selamatkan nama suami
waaah tragis bunyi nya

so dia kata awak fikir lah dulu
abang bagi awak 3 hari untuk bagi jawapan
rumah ni abg hold untuk awak

huh
berdebar terus

so kami decide untuk gi tengok rumah malam tu juga

dari cyber, berenti solat mangrib kat Saujana Putra, terus je ke Teluk Panglima Garang

cari rumah
guna waze sampai jumpa kubur
dah la maghrib
hahahaha
tak kelakar sungguh

so cari punya cari rupanya area rumah member aku
adakah bakal berjiran dengan member???
tengok rumah tu macam ok
macam berkenan juga lah
finishing dia cantik

tapi tengok area situ banyak rumah baru naik
membuatkan aku rasa...nantilah
ni beli rumah ni
hutang sampai mati
kalau panjang umur boleh merasa la

daddy, knowing him, dia memang jenis malas fikir
kalau tu dah ada depan mata, dia jenis grab jer
but kite pompuan biasa lah...mesti mau survey2 dulu kasi puas hati
so aku kata tunggu
bagi aku masa untuk cek yang lain

bila cek, memang banyak lagi lah rumah lain of course
tinggal ko bayar jer
lagi satu yang buat kami berat nak setuju rumah ni ialah
downpayment 10%
which 39k
tak cukup....
boleh diusahakan untuk cukupkan
tapi nanti jadi cukup2
nanti nak pasang grill pun tadek wiwit

so kami diammm jer tak bagi jawapan
akhirnya rumah ni pun out of list

Haa, nilah rumahnya
corner lot
tanah dia luas
menggoda sungguh

tapi akhirnya babai

so sekarang macam mana?
dah beli dah...

nanti bersambung....

babai


Tuesday, November 3, 2015

cerita bersalin anak no 3 Ayra Sofea Nurtaqwa

Ok, Sofea sekarang dah 8 bulan lebih, dah bertatih, gigi dah 4, baru kite nak cerita hari nak bersalin kan si kecik ni
Masa mengandungkan Sofea, memang kerja sampai genap 40 minggu
Hari ke 39 minggu 6 hari tu, mula rasa sakit-sakit pinggang
Lite2 jer
Sakit manja2
Kejap2 hilang
Tapi tidur tak lena lah, sebab duk tunggu mana lah contraction yang kuat ni
Pagi tu mak and ayah mertua datang rumah, nak ambik Rayyan dengan adel bawa balik shah alam
Diorang seronok je ikut nenek atuk balik shah alam
Mommy berair mata kat rumah
Biasa lah tu kan…
Bila petang tu, contraction dalam 10 minit sekali
Tu pun rasa bila baring je
Bila bangun jalan, tak rasa sangat
Tu malas gi hospital
Tapi kakak2 dah bising kenapa tak pergi hospital lagi
Akhirnya lepas maghrib jom lah kita pergi hospital
Singgah makan kat kedai Thailand dekat rumah
Pun kakak bising2 dalam wasap, terus je lah pergi, tapau je, jangan makan kat kedai
Eh, biar lah orang makan dulu…lekk laa
Kakak and abang aku dah gelabah masing2 bising dalam wasap
Malas nak layan
Kahkahkah
Then dalam pukul 10.30 gitu sampai hospital Putrajaya
Macam biasa lah prosedurnya, bagi buku merah semua, masuk cek
Hmmm baru 2cm kau
Kan dah kata…sebab tu malas datang lagi
Doctor cek2 semua, scan semua tengok tak de masalah, so diorang decide hantar aku ke Pusat Bersalin Risiko Rendah Presint 8
Aku ok jer lah
Mana2 pun boleh
Layan
Siap naik ambulan pergi presint 8
Tapi duduk je lah borak dengan nurse kat dalam tu
Nurse tu cakap, kat presint 8 bersalin semua naturally
Diorang tak de provide pain killer, boleh makan2 minum semua dalam labour room, then kalau sakit nak kuar jalan2 kat taman pun boleh
Wah, menarik ni
Aku ok jer…layan
Then dapat bilik
Macam masa bersalinkan Adel dulu juga…
Kusangka tidurku lena hingga ke pagi, rupanya contraction menggila di malam hari
Kau
Dia start sakit teruk menjelang subuh
Masih mampu solat duduk
Lepas subuh nurse check dah 4cm
Jom lah kita ke labour room
So jalan kaki ke labour room
Secara alami katanya…aku lah kata…nurse tu diam je
Kahkahkah
Layan
Masuk labour room, sejuk jer rasa hati
Memang dia pasang ayat suci al-quran sayup sayup jer
Bilik pun selesa
Suami boleh tunggu sama
Ada bola boleh exercise sama
Hehehe
Tapi aku tak ingat pukul berapa, sakit terus teruk
Yang sakit amat tuuu
Cuba juga berjalan
Tak mampu
Pulak tu aku kembar darah
Darah dah penuh katil (husband sikit cuak)
Nurse cek banyak kali, masih 6cm
Sampai pukul 2 petang gitu, masih 6 cm ke 7 cm
Progress tak banyak
Sedangkan aku dah macam dah nak give up
Sebab sakit every 2  minutes, yang mampu Tarik nafas sekejap then dia datang balik tu
Haa kategori yang tu
Tambah down bila tak de progress
Aku rasa makin lemah
Doctor datang
Doctor yang baru jadi doctor 2,3 bulan
Bak kata nurse situ lah
Memang muda sangat Nampak doktor tu
Tak kisah lah kan
Beliau kata kita tunggu sampai pukul 4
Masa tu baru kul2
Aku kata doctor, saya nak tunggu seminit pun rasa tak boleh sangat dah ni
Saya dah tak boleh cope
Please doctor, please nurse, do something
Aku merayu2 kat diorang
Tapi nurse sana memang baik2 sangat la
Asyik datang usap rambut, urutkan belakang aku
Cakap pun baik2 semua
Then masa tu jugak diorang buat ctg
Tengok heart beat baby makin lemah
Bila cek jalan baby macam jauh lagi
Huuuu
Sedih sangat
Sakit sangat
Then aku mintak ceaser
Memang dah merapu lah aku masa tu
Sebab sakit sangat
Nurse kata jangan puan…sabar ya
Dah pulak berkali2 aku sorry kat nurse
Then at last diorang decide hantar balik aku ke HPJ
Huuuuu
Ku pasrah dan menyerah
Cepat2 nurse siapkan aku, selimut, pesan jangan push
Sebab sebenarnya diam2 aku push juga bila contraction kuat sgt tu…sakittt
Aku pejam je mata
Tau2 dah sampai labour room HPJ
Sempat bukak mata kejap
Tengok diorang tolak aku macam drift lajunya
Nurse and doctor dari P8 pun ada teman
Sampai sana, doctor HPj amik alih
Cek lagi sekali
Tukarkan aku ke baju OT
Dengar doctor jerit ok OT dah ready
Dalam hati aku, eh aku nak kene ceaser ke ni??? Biar betik
Tadi kite main2 jew awakkkkkk
Gitu dalam hati
Tapi doctor cantik ni cakap ok puan kita cuba sekali lagi
Aku try push
Dia kata bagus, boleh ni
Lagi sekali push
Tetibe daddy ada kat sebelah
Masa ni aku dah tak de mintak nak hubby sebelah ke hape
Aku tau nak bersalin je
So 2nd push rasanya, baby kuar
ALHAMDULILLAH
Nangis kuat si kecik ni
Berat dia 3.29kg
Rupanya tadi doctor guna vacuum
Aku tak sedar hape pun
Then doctor nak kuarkan uri, then jahit2 tu kan
Aku tanya doctor tadi masa kat sana nurse kata baru 6cm? macam mana?
Beliau menjawab : tak lah, masa awak sampai sini dah full
Owh…boleh ek begitu
Pape pun alhamdulillah…dah selamat
Sebelum kuar OT, nurse tanya skala kesakitan aku berapa, dari 0-10?
Aku kata 15
Kahkahkah
Ok tu je lah yang ingat
Sebab dah 8 bulan berlalu kan…
Jadinya nak bersalin lagi ke idok????
Memandangkan skala kesakitan dari anak pertama hingga anak ke3 makin menaik berkadar terus, maka kita pospon lah dulu…sakitnya masih aku terasa…hewwww
Jadi lepas ni dah tak boleh bersalin presint 8 lagi, sebab pernah gagal, so kene block. Padan muka. Nurse kata baby nak tempat lahir sama dengan kakak and abang dia juga…tu dia tahan tak nak kuar.
Btw, bilik bersalin kt HPJ pun room no 3, sama dengan Adel dulu. Masih ku ingat.







bila down

asslamualaikum
sekarang ni rasa down...may be sebab kakak tak sihat, ada di IJN, jadi sangat susah hati
kejap2 mata berair
kejap2 mata berair
huk aloh
nak ulang2 pulak

ye lah, kakak ada anak kecik2 lagi
harap Allah permudahkan semuanya
semoga kakak saya kembali sihat untuk kami semua

tak mo lah cerita pasal ni

nak cerita pasal diri sendiri
sekarang ni baru umur 31
baru ke
baru tak baru lah kan

sebelum ni rasa semangat nak sambung phd
tapi sekarang berkubur dah semangat tu
sebab apa
sebab takut
takut tak ada masa dengan family
sekarang ni family is everything
lagi pun hidup ni singkat je
kalau di biarkan masa berlalu
anak-anak membesar bukan depan mata
amatlah tak bererti hidup

eh membebel ape daa
Rayyan demam mula jumaat lepas...jangkit dengan daddy agaknya. ni otw nak gi pasar, dia nak jaga adik kat belakang. adik pun redha je...rupanya dua2 mengantuk..tengok dah tertidur...sayang anak2
babai

Monday, October 12, 2015

Sport Day PPICDC

Salam
2 minggu lepas berlangsungnya majlis sukan sekolah budak-budak ni. skema ayat..
sebenarnya bukan 2 minggu lepas, dah lama ni bulan ogos hari tu
pastu peram entry sampai hari ni
terbaiklah mommy

kat sini Sport day acara dwi tahunan
dwi dwi bagai
maknanya 2 tahun sekali je lah ya
jadi tahun lepas tadek sukan, tahun ni walau apa rintangan, mommy and daddy kena juga bawak Rayyan sukan
tahun depan dah masuk darjah 1...

pepagi bangun awal, ingat sampai awal la ni kat padang
tadek juga
tetap antara yang lambat
huuuuuu

jom layan gambar
alhamdulillah cuaca cerah hari tu
jerebu pun belum muncul lagi masa ni



perasmian oleh Encik Kamal, founder PPICDC. 
bila lah pulak aku nak rasmi hari sukan sekolah sendiri niii...ehem


Sofea pakai baju abang masa kecik, dah jadi rupa boy pulak budak nih.


Acara dimulakan dengan playschool punya student...kecik2 lagi...babai2 jer



then perarakan masuk anak-anak tadika
Rayyan rumah biru, Adel pulak rumah hijau.. Sofea rumah putih..duduk bawah khemah parent. hehe



Aik, semua ada telinga?
Semua jadi gummy bear!


Rayyan and his friends








Adel's team


Mommy's gummy bear





then semua kumpul tengah padang untuk senaman gummy bear



comel sangat2 semua menari gummy bear!


persembahan traditional sikit, joget pahang sebagai pelengkap acara. gituuu


then acara bermula... on your mark, get set, go!!! dengan teacher kena lari sekali...kalau tak student tak nak lariii





ni acara Rayyan masuk. ape dah nama nya...lupaaaa
macam pas pas beg kacang tu je pun





Rayyan's team dapat tempat ke-2



Si montel Mommy dah monyok, waktu untuk tidur kan dik?
Sofea ni muka dia tak tau ikut sape. the mixture of Rayyan and Adel rasanya..



then upacara penyampaian medal...dunwori semua dapat medal...kalau tak, nanti ada yang nangis kang...hehehe


Adel dapat saguhari jer...tapi bronze medal




Then Rayyan's team






the proud face...2nd runner up



hoh, hitam sudah 2 badik ni



Mommy dengan daddy pun dapat hadiah juga tau. kami menang acara terompah gergasi, acara bersama anak. dapat tempat ke-3. ok lah kan...janji anak2 seronok. 
tenkiu teacher tolong pegang Sofea masa kami bersukan.



ok lah, lagi next 2 yrs baru sukan lagi...dadaaaaa