klik saya

Wednesday, January 7, 2015

2015, my 3rd pregnancy. ohhh preparation

Salam..
salam tahun baru
salam maulidur rasul

Allahummasolli ala saidina Muhammad
Wa ala alisaidina Muhammad

tahun 2014 dah pun berlalu kan
sekejap jer 2014
aku rasa semua org pun rasa 2014 tahun tak berapa nak best sebab macam kita tahu banyak tragedi berlaku kat negara kita yang tercinta ni
sama-sama kita doakan mereka yang terlibat dikuatkan hatinya
kita bantulah semampu kita
kalau tak mampu dari segi harta, kita doakan mereka
doakan negara kita aman
itu yang penting

so masuk 2015 ni, bermakna aku dah 36 weeks
tak sabar ni nak rasa contraction..heeeee

so azam tahun baru ialah beranak. boleh?

tak sangka Adel dah 4 tahun
Abg Rayyan dah 6 tahun
dan mereka sudah pandai mintak nak adik
dulu buat tak layan, alhamdulillah Allah bagi rezeki
seronok la dua badik tu nak dapat adik
hari-hari tanya bila baby nak kuar

preparation setakat ni dah siap la semua
baju semua dah masuk beg
beg nak balik kampung jer belum kemas

eh, tapi pam susu spectra 3 belum dihantar servis
semalam call Histopoint, katanya kalau nak hantar servis boleh pos atau hantar terus kat sana
dia bukak Isnin sampai Jumaat jer
9.00 am sampai 6.00 pm
dengan kata lainnya nak kena ambik cuti nak hantar servis
hubby kata nak kena servis ke?
aku jawab nak kena cekik tak? dalam hati je lah
umur pam tu dah nak masuk 6 tahun
baya Rayyan
bila pam pun suction dia kureng sikit, maklumlah dah tua
selayaknya di servis

pregnant kali ni aku kira beli macam-macam juga lah
tapi tak de la beli beria benor kan
kena la jimat cermat sikit...ekonomi pun tak berapa sihat ni kan, ringgit malaysia jatuh katanya
banyak beli online jer sebab faktor masa dan faktor tak nak terbabas beli barang lain

contohnya macam hari tu gi My Dear Warehouse sale kan, kata nak beli stroller jer
tapi dah kena cukai pulak dengan 2 badik tu.. tapi aku berjaya la juga merembat nursing pillow ni dengan rege RM50.00 dengan stroller murah RM110.00. reason beli stroller lagi ialah sebab stroller lama dah berbunyi, dan satu lagi nak stroller yang boleh facing in out dan boleh baring habis. gambonya macam kat bawah ni, tapi beli kaler biru.
bantal nursing murah sesangat

shopping 1st round

stroller baby baru...
lepas dah pergi My Dear tu, gi lah IOI Mall pulak kan. beli barang secoet begitu pun nilai kehangusan dekat RM700. haruuuu
itu banyak yang Adel dengan Rayyan yang pilihkan. Mommy nye duduk jer atas bangku, tunjuk jer diorang lari gi ambik. kemain seronok diorang pilihkan barang baby.

lepas tu beli online kat one baby world, pureen warehouse sale dan Lazada juga. 

so rasanya dah takde pape nak beli lagi dah.

satu lagi preparationnya ialah asingkan bilik tidur Rayyan.
setakat ni berjalan lancar jer
sebab nak muatkan 5 beranak dalam satu bilik rasa sesak napas sangat.huhu

nanti lah update pasal bilik tidur Rayyan. harap ingat.

ok lah, babai

salam



2 comments:

  1. Rasa macam nak beranak jugak laa.. si Razin pun dah masuk 4 tahun..
    Selamat menghitung hari nak bersalin echah.. Moga Allah permudahkan segala urusanmu..
    Take care..

    ReplyDelete
  2. boleh dah tu mami...
    insyaAllah..ameen... :)

    ReplyDelete