klik saya

Tuesday, January 27, 2015

Bilik anak bujang 6 tahun

Salam...

Hai, hari ni dah 39++++ weeks
masih lagi la bekerja. nampak kegigihan disitu
padahal sayang cuti
memikirkan minggu depan ada dua hari public holidays wilayah, mari kita gunakan kesempatan yang ada
ni jalan sebenarnya dah tak larat
pinggang dah sakit
kalau bersalin awal pun best juga
biarlah, malas nak stress fikir bila baby nak kuar
nanti tiba masanya tahu lah dia cari jalan nak kuar kan

oh yes, antara preparation nak bersalin ialah asingkan bilik tidur anak
sebenarnya nak asingkan ni memerlukan kekuatan mental yang luar biasa juga ya
untuk parent la
si Rayyan ok jer
cuma kadang datang bilik mommy nak mengendeng aircond
tapi sekejap je lah dia golek golek kat katil, kang kejap dia angkut bantal dia masuk bilik dia balik

daddy masih jadi peneman Rayyan malam-malam
sebenarnya bukan Rayyan yang takut tidur sorang
tapi daddy yang tak boleh berpisah dengan anak
acaner tu????
anak rilex jer

bilik Rayyan kami buat simple jer
sebab barang sedia ada dalam bilik tu memang dah banyak
dengan menan diorang yang kumpul dari baby
dengan meja study
lepas tu ada lemari Adel dengan Rayyan sorang satu
so agak penuh la bilik tu

cadar tu Rayyan yang pilih sendiri
nak cari cadar biru, tapi tak de la pulak
ape kene ntah semua cadar pun nak habis kan
so redho je lah cadar merah
ada comforter sekali pun cadar tu
dapat 50% less ok lah kan... pejam mata bayorrr
yang tikar angry bird tu dah lama beli
mommy tak berkenan tikar tu sebab kaler dia terang sangat
tapi anak dah nak, sekali lagi tekan button redhooo

ok lah, babai




No comments:

Post a Comment