klik saya

Wednesday, January 28, 2015

Chicken rice ball di Ee Ji Ban, sedapnya

Salam
hi, masih belum bersalin lah saya
hehe perlu ke hari-hari pun nak bagitau?

semasa cuti sekolah yang lepas, kami bawak anak-anak pergi Melaka
hmmm Melaka lagi kan
asal cuti je melaka
asal melaka je cuti

senang ke Melaka jer, banyak tempat boleh jalan dan dekat dari ibu kota
waaahhh ibu kota sangat
puchong je pun

sebenarnya masa cuti hari tu kesian sangat anak-anak
nasib korang la dapat parent keje ofis kan
hujung tahun pulak tu macam-macam report kene buat
bizi manjang
menjeles dengan orang jadi cikgu
semua pun update jalan-jalan sana, jalan-jalan sini, check in sana sini

bila dapat tahu cuti sekolah di extend, daddy decide jom lah mommy kita ambik cuti
kesian anak-anak
hari-hari pun ke sekolah 7.30am to 6.30pm
kawan-kawan ramai yang tak de kat skul sebab balik kampung
Rayyan dengan Adel pun asik mintak balik kampung
tapi kampung kilantan jauh sangat
mommy memang tak larat nak duduk lelama dalam kete
ke Melaka lah kita
dengan harapan nak singgah rumah atok

so malam sebelum bertolak tu, book hotel kat agoda
amik hotel murah jer, RM100++ per nite
stay 2 malam
sekali dengan breakfast
tapi hotel dia biasa jer lah, tak de pool pun agak membosankan
bilik pun usang jer
hantu tak de
Alhamdulillah

ok, sebab semua pun tak plan
dan mommy pun dah sarat bebenor masa tu dalam 34++ weeks
so kami jalan sekitar Ayer Keroh jer
seharian duduk kat dalam Taman Mini Malaysia jer
btw, nak masuk Taman Mini Malaysia mahal juga ye
RM16++ for adult
padahal dalam tu kecik je pun
tak pe lah sekali sekala ke sana kan...

dah tengahari tu, lapar la pulak
so teringat nasi ayam ball yang pernah masuk TV dulu tu
google jer
dapat alamat
terus waze ke sana

sampai tu nak cari parking susah juga
2, 3 kali pusing
last2 dapat belakang bangunan
tapi tak jauh la menapak ke kedai makan
dua badik tu tido pulak bila nak makan
keletihan berlari dalam Taman Mini Malaysia

so kami order Chicken rice ball yang harganya RM0.30 seketul
mula-mula order 15 ketul
lepas tu tambah lagi 10 ketul
lepas tu tak habis
mitak tambah lagi 5 ketul combine dengan yang tak habis tu tapau untuk Rayyan yang ketiduran

so total harga nasi ialah RM9.00

ayam kami amik half chicken RM22
sebenarnya sedap steam chicken compared to Roasted Chicken

then order sotong masak ape eh tajuk dia lupa dah
campur dengan petai
thorrrbaikkk

tu je order
total RM51
rasanya lahhhh
ampun kan kami penghulu gua
harga tak ingat


Adel tetiba bangun dan nak makan. selera juga dia 


Mommy yang sememeh

ok, kepada uolllssss yang nak pergi, follow alamat ni:

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball
 275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka


malam tu ingat nak gi makan kat Umbai, tapi tak larat, umbai kat bilik jer lah... :(

No comments:

Post a Comment