klik saya

Thursday, June 11, 2015

kemas rumah nak sambut puasa...ke nak sambut raya? jom deco raya 2015


Salam
setahun sekali mesti kami tukar stail rumah
tak banyak sikit pun mesti kasi tukar
sebab laki bini jenis mata cepat jemu
nak rumah nampak lain je



mula lah survey kaler
ingat nak cat baru jer
tapi macam malas pun ye
hehehe sape baca blog aku, perkataan malas mesti muncul dalam entri
asik malas je ko ni
tapi nak meletop



pastu bila gi mall pun asik nak cari barang rumah je
tahun ni kasi pembaharuan la sikit
daddy nak pasang wallpaper
tak pe, kita cuba tengok cane lawa ke idok
bagi aku so-so je lah
sebab kaler rumah masih sama
huwaaaaa
mana tak sama nya
wallpaper pun kaler kuning juga


ni sebelum di apa-apakan
dinding ni memang just letak satu kanvas frame jer
pastu kosong kaler ijau lumut ni
dah jemu mata mandangkan frame ni
jadi jom remove





daddy tampalkan wallpaper kat area TV ni
so jadi la camni


sebelum tu ukur dulu tinggi dinding berapa... so rumah aku tinggi tak berapa tinggi, dalam 2.5m jer, jadi 10 meter wallpaper dapat 4 keping


jadi la gini...




hoi sepahnya rumah...jag air tutup biru tu tak berkenan betul aku duduk bertenggek atas meja makan. tapi sebab daddy yang letak, tak boleh la bangkang sangat...aku redha jer untuk 2 minggu, pastu aku mulakan sesi bangkangan. akhirnya jag tu dah beralih ke dapur...legaaa... alah, jag air je pun. kikiki

psssttt lagi satu tak suka sangat alas bawah meja makan tu...huhuhu...tu daddy punya keje lah. takper2 sabar. nanti2. pelan2 

so canvas frame dah remove. dah tak tau nak parking mana dia tu. duduk dalam bilik sekarang. nak kasi sape ek? sape nak? :)





ni masa pasang. Dato' Siti jadi model dinding rumah aku...mampoo
daddy urut wallpaper tu pakai stokin. kikiki.. tapi memang serius ya. berkesan dalam mempercepatkan proses pasang wallpaper.boleh cuba


bila malam menjelma.... padahal masa pasang tadi memang dah malam. maklumlah, nak buat pape kene tunggu 3 badik tu tido. kalau tak, asik nak main, nak tolong sebenarnya. keje makin jadi lambat. main gunting lah ape... ai kool jer..daddy la mulut bising. ayoookkkk lariiiii



then gi cari barang kat Home Living IOI City Mall. tak de ape yang berkenan. balik tangan kosong. 


seminggu lepas tu pasang wallpaper yang sama kat dinding belah sini pulak. laki aku dah mabuk wallpaper. diam2 dia gi beli lagi. pastu gigih pasang sampai 4 pagi. aku layan je lah. membangkang kang derhaka pulak. sebenarnya dia nak pasang corak lain tau. tu je aku bangkang. nanti pening pala otak ai tau tengok rumah bercorak2. ada satu cerita, masa pasang ni daddy on je radio astro tu, dia dengar THR. syok la dia kata, bila malam semua lagu lama...aku biasa je lah. sebab aku lagi suka layan lagu omputeh yang lama-lama klasik tu kan. ni je perbezaan kami, minat lain. dia suka jiwang2 leleh tu. tak kose lah ai. pastu diam-diam aku tukar radio lite fm. daddy kata, oooo THR ni bila dah makin tengah malam, dia pasang lagu omputeh je ya. aku pun cepat2, a aa...ye lah kot. 
hiks, nasib laaa.. ampun daddy...jangan lupa belanja baju raya


 perasan tak frame tu dah bertambah satu frame. khat Kufi, nama Allah dan Muhammad. aku kan konsep nak murah tapi meletop. orang nak kufi kau pun nak. orang bayar mahal, aku nak murah ajer.. so aku buat sendiri. jadi lah. kos aku RM5 :)

ni daddy lah amik gambar rumah malam2 bila kami semua dah tido.. laki aku ada satu habit dia. mengemas tengah malam. kang aku bangun pagi kang, rumah dah bersih. suka lah aku. hehehehe
kepantangan betul dia kalu umah bersepah. tu dia asik bebel je...kalah aku tau kalau bab bebel jer. sape kata isteri kuat bebel? suami lagi kuat tau. lariiiikkkkkk... emoticon orang pakai baju merah suar biru lari dengan asap kat belakang dia, ada 3 ketul asap.


pastu daddy nak buat projek lain pulak. dia nak pasang rak kat dinding kosong ni. sila lah daddy, mommy tukang tolong2 sikit2 jer. tukang tengok lebih. tak tengok sangat pun sebenarnya, sebab aku duduk baring2 bermalas-malasan dalam bilik dengan sofea.. hehe


ni rak beli kat IKEA. RM59 x 3. ni nak mencari rak ni pun susah. sebab apa, dalam ikea tempat yang rak-rak tu memang tak ada. ada yang kecik2 jer, lepas tu yang jenis kene pakai hang tu. tapi bila jalan nak keluar baru ada area store dia. cepat-cepat ambik, takut berebut dengan orang. padahal ada banyak pun. wes, gi IKEA dengan 3 anak, mencabarnya lah hai. urut dada mak kau.


tu corner anak2 buat keje. paling diorang suka buat Art and craft. selalu kemas, sepah, kemas sepah. ulang patpuluh kali. last beli kotak kat IKEA, sumbat semua dalam tu. tapi dah jadi susah pulak budak2 nak cari barang. to be improved.


tadaa dah siap. kalau perasan plastik balut rak tu daddy tak bukak. sampai sekarang tau tak bukak. motif tak dapat dikenal pasti. malas pulak aku nak tanya. malas again.


jadi gini suasana rumah...
suasana hari raya...

macam sama jer kan dengan sebelum ni. alahai
   



lampu pink tu Adel la sibuk nak beli...nak hias bilik dia katanya... tak de pun nak tido bilik sendiri. nak tunggu sofea besar dia kata. lambat lagi lah tu.


sekarang dah ada perubahan lagi.
tapi belum amik gambar.
nanti ai share lagi ya

babai

2 comments: