klik saya

Tuesday, June 30, 2015

shopping raya?

Salam...

pagi tadi masa nak bersiap gi ofis, daddy hulurkan duit,
nah yang, amik duit ni beli baju raya ke, nak online shopping ker..

aik
aku agak dia ngigau

bile dah dapat arahan untuk shopping, aku jadi dah tak lalu pulak nak shopping
:p

semalam pusing2 alamanda sorang2
kebetulan pergi bayar kete
semua kedai kasut aku masuk
peliknya tak de pulak aku berkenan
cuba yang heel,wedges, rasa tak konpiden nak pakai heel sambil dokong sofea
amik flat, rasa macam sedih sangat
lepas tu bila berkenan rasa licin pulak pakai dengan sarung kaki
bila tak licin, cuba jalan..hah kau berat macam ikat batu kat kaki
sudahnya balik tangan kosong
bimbit 2 ketul rotiboy untuk Rayyan n Adel
tu je

magic tak magic la
jarang sekali berlaku balik tangan kosong
ngeeeee

semalam dah ambik semua baju tempah
baju daddy dengan Rayyan tempah kat Aden tailoring seksyen 18 jer
serius kemas giler jahitan dia
terkagum2 aku
maklumlah sebelum ni jarang tempah baju
beli siap jer..jahitan pun ala kadar je lah
ni aku naik pelik, pe ke hal kemas sangat ni jahitan?

baju Adel dengan sofea pun dah amik jugak
seronok kemain si Adel
ulang pakai 3x
bukak...kejap pakai balik
joget2 depan cermin
buat memek muka depan cermin
libas2 skirt depan cermin
aku peratiii je dia
senyum2
seronok ler tu
kembang je hati dia dapat baju raya
biasa la budak
tapi budak lagi sorang biasa jer takde perasaan
si Rayyan la tu
dia acu je kat badan
besar sikit, tak pe lah boleh tahan sampai darjah 1
lepas tu dah
sambung tengok TV

si sofea pulak (amboi panjang cerita, 3 anak kan... heheh)
sarungkan baju kurung
menjerit dia tak mau
labuh pulak baju dia
macam jubah, atas sikit dari buku lali
hehehe
macam malas pulak nak alter kan
ke cane?
takut bila alter tak elok pulak
tengok nanti cemana
kena seru roh rajin merasuk dulu
'
aku?
tak de baju
Adel kata kesian mommy tak de baju
nanti daddy belikan ya mommy...mommy jangan risau
pujuk ler tu

ada whatsapp tanya aku jual lagi ke shawl budak tu?
ya, jualan masih berlangsung
hehehe

latest jenis instant chiffon pleated
lawa


1 comment:

  1. assalam sis. bole pm sy? miera486@gmail.com. its about undecended testicle. sy de terbaca komen sis pada 1 blog. anak sy mengalami benda yg sama n tomorrow kami de appoinment pakar di spital seremban, Minta maaf komen pd tempat x sepatutnya. Harap dpt feedbck dr sis asap. tq

    ReplyDelete