klik saya

Tuesday, November 3, 2015

cerita bersalin anak no 3 Ayra Sofea Nurtaqwa

Ok, Sofea sekarang dah 8 bulan lebih, dah bertatih, gigi dah 4, baru kite nak cerita hari nak bersalin kan si kecik ni
Masa mengandungkan Sofea, memang kerja sampai genap 40 minggu
Hari ke 39 minggu 6 hari tu, mula rasa sakit-sakit pinggang
Lite2 jer
Sakit manja2
Kejap2 hilang
Tapi tidur tak lena lah, sebab duk tunggu mana lah contraction yang kuat ni
Pagi tu mak and ayah mertua datang rumah, nak ambik Rayyan dengan adel bawa balik shah alam
Diorang seronok je ikut nenek atuk balik shah alam
Mommy berair mata kat rumah
Biasa lah tu kan…
Bila petang tu, contraction dalam 10 minit sekali
Tu pun rasa bila baring je
Bila bangun jalan, tak rasa sangat
Tu malas gi hospital
Tapi kakak2 dah bising kenapa tak pergi hospital lagi
Akhirnya lepas maghrib jom lah kita pergi hospital
Singgah makan kat kedai Thailand dekat rumah
Pun kakak bising2 dalam wasap, terus je lah pergi, tapau je, jangan makan kat kedai
Eh, biar lah orang makan dulu…lekk laa
Kakak and abang aku dah gelabah masing2 bising dalam wasap
Malas nak layan
Kahkahkah
Then dalam pukul 10.30 gitu sampai hospital Putrajaya
Macam biasa lah prosedurnya, bagi buku merah semua, masuk cek
Hmmm baru 2cm kau
Kan dah kata…sebab tu malas datang lagi
Doctor cek2 semua, scan semua tengok tak de masalah, so diorang decide hantar aku ke Pusat Bersalin Risiko Rendah Presint 8
Aku ok jer lah
Mana2 pun boleh
Layan
Siap naik ambulan pergi presint 8
Tapi duduk je lah borak dengan nurse kat dalam tu
Nurse tu cakap, kat presint 8 bersalin semua naturally
Diorang tak de provide pain killer, boleh makan2 minum semua dalam labour room, then kalau sakit nak kuar jalan2 kat taman pun boleh
Wah, menarik ni
Aku ok jer…layan
Then dapat bilik
Macam masa bersalinkan Adel dulu juga…
Kusangka tidurku lena hingga ke pagi, rupanya contraction menggila di malam hari
Kau
Dia start sakit teruk menjelang subuh
Masih mampu solat duduk
Lepas subuh nurse check dah 4cm
Jom lah kita ke labour room
So jalan kaki ke labour room
Secara alami katanya…aku lah kata…nurse tu diam je
Kahkahkah
Layan
Masuk labour room, sejuk jer rasa hati
Memang dia pasang ayat suci al-quran sayup sayup jer
Bilik pun selesa
Suami boleh tunggu sama
Ada bola boleh exercise sama
Hehehe
Tapi aku tak ingat pukul berapa, sakit terus teruk
Yang sakit amat tuuu
Cuba juga berjalan
Tak mampu
Pulak tu aku kembar darah
Darah dah penuh katil (husband sikit cuak)
Nurse cek banyak kali, masih 6cm
Sampai pukul 2 petang gitu, masih 6 cm ke 7 cm
Progress tak banyak
Sedangkan aku dah macam dah nak give up
Sebab sakit every 2  minutes, yang mampu Tarik nafas sekejap then dia datang balik tu
Haa kategori yang tu
Tambah down bila tak de progress
Aku rasa makin lemah
Doctor datang
Doctor yang baru jadi doctor 2,3 bulan
Bak kata nurse situ lah
Memang muda sangat Nampak doktor tu
Tak kisah lah kan
Beliau kata kita tunggu sampai pukul 4
Masa tu baru kul2
Aku kata doctor, saya nak tunggu seminit pun rasa tak boleh sangat dah ni
Saya dah tak boleh cope
Please doctor, please nurse, do something
Aku merayu2 kat diorang
Tapi nurse sana memang baik2 sangat la
Asyik datang usap rambut, urutkan belakang aku
Cakap pun baik2 semua
Then masa tu jugak diorang buat ctg
Tengok heart beat baby makin lemah
Bila cek jalan baby macam jauh lagi
Huuuu
Sedih sangat
Sakit sangat
Then aku mintak ceaser
Memang dah merapu lah aku masa tu
Sebab sakit sangat
Nurse kata jangan puan…sabar ya
Dah pulak berkali2 aku sorry kat nurse
Then at last diorang decide hantar balik aku ke HPJ
Huuuuu
Ku pasrah dan menyerah
Cepat2 nurse siapkan aku, selimut, pesan jangan push
Sebab sebenarnya diam2 aku push juga bila contraction kuat sgt tu…sakittt
Aku pejam je mata
Tau2 dah sampai labour room HPJ
Sempat bukak mata kejap
Tengok diorang tolak aku macam drift lajunya
Nurse and doctor dari P8 pun ada teman
Sampai sana, doctor HPj amik alih
Cek lagi sekali
Tukarkan aku ke baju OT
Dengar doctor jerit ok OT dah ready
Dalam hati aku, eh aku nak kene ceaser ke ni??? Biar betik
Tadi kite main2 jew awakkkkkk
Gitu dalam hati
Tapi doctor cantik ni cakap ok puan kita cuba sekali lagi
Aku try push
Dia kata bagus, boleh ni
Lagi sekali push
Tetibe daddy ada kat sebelah
Masa ni aku dah tak de mintak nak hubby sebelah ke hape
Aku tau nak bersalin je
So 2nd push rasanya, baby kuar
ALHAMDULILLAH
Nangis kuat si kecik ni
Berat dia 3.29kg
Rupanya tadi doctor guna vacuum
Aku tak sedar hape pun
Then doctor nak kuarkan uri, then jahit2 tu kan
Aku tanya doctor tadi masa kat sana nurse kata baru 6cm? macam mana?
Beliau menjawab : tak lah, masa awak sampai sini dah full
Owh…boleh ek begitu
Pape pun alhamdulillah…dah selamat
Sebelum kuar OT, nurse tanya skala kesakitan aku berapa, dari 0-10?
Aku kata 15
Kahkahkah
Ok tu je lah yang ingat
Sebab dah 8 bulan berlalu kan…
Jadinya nak bersalin lagi ke idok????
Memandangkan skala kesakitan dari anak pertama hingga anak ke3 makin menaik berkadar terus, maka kita pospon lah dulu…sakitnya masih aku terasa…hewwww
Jadi lepas ni dah tak boleh bersalin presint 8 lagi, sebab pernah gagal, so kene block. Padan muka. Nurse kata baby nak tempat lahir sama dengan kakak and abang dia juga…tu dia tahan tak nak kuar.
Btw, bilik bersalin kt HPJ pun room no 3, sama dengan Adel dulu. Masih ku ingat.







2 comments:

  1. Assalamualaikum ecah..

    Lama tak jenguk blog ni. Blog sendiri apatah lagi.. berlumut sudah..bukan bersawang lagi..hehe.. Alhamdulillah mami - baby selamat.. Indah sungguh bila dah jadi kenangan kan? Tapi masa sedang mengalaminya tu..Allah je yang tahu. I dah 4 tahun tak bersalin..lupa sudah rasa sakit bersalin tu macamana..hehe.. Apa-apapun moga Ayra membesar menjadi anak yang bijak, sihat dan solehah.. Moga mami ayra juga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan anak-anak.. Tajuk blog dah boleh tukar tu,,dah tak three lagi..five sudah..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm mami...terima kasih jenguk2 lagi sini...hehe. dah 4 tahun cuti tu, ape lagi...boleh la sambung balik.. :) insyaAllah,thanks for ur doa.

      Delete