klik saya

Friday, November 20, 2015

Marilah kita survey rumah idaman lagiii

Salam
Salam jumaat
tengah rehat ni kan...jom kita jalan-jalan kat mudah lagi
cari rumah idaman
kriteria yang nak ialah:
-ada tanah
-double storey
-kawasan yang okay (tak jauh sangat dari pekan/ bandar)
ada kemudahan asas macam sekolah anak/sekolah agama

nak ada tanah tu daddy punya kriteria...aku pun suka juga, cuma bagi aku kalau dapat tanah sikit dalam 3, 5 kaki dah ok sangat dah...
tapi daddy kalau boleh nak tanah luas, sebabnya tak pasti lah...mungkin in future kalau nak besarkan ke hape...atau mungkin sebab anak2 dia suka bercucuk tanam

jadi sebagai tukang survey, aku harus memenuhi kriteria ni
sebab daddy tukang approve jer
yelah, beliau bizi orangnya
maklum je lah

kriteria tambahan bagi orang tamak macam aku ni...
-nak guarded house
-ada jogging trek
-ada taman permainan ;ni rasanya semua rumah pun ada kalau betul rumah ada CF

sebab pernah tau kami pergi survey rumah area Teluk Gong sana, single storey semi D, ok lah design dia, tapi rumahnya tak banyak, ada 1 row je, then rumah tu takde CF. ya, TAKDE CF. sebab nya ialah tu projek kampung, so tak perlu CF. pastu letrik nampak macam tak proper, takde TNB punya rumah tu kan, then lagi banyak nyamuk...hehehe. baru gi melawat je dah penuh kene hurung dengan nyamuk. kalau jadi duduk situ, jenuh lah pulak nak pasang jaring 1 rumah. nasib tak jadi beli, sebab abang kite kata jangan beli rumah takde CF, takut masalah kemudian hari. then lagi rumah tu geran bersama...together gather dengan jiran tetangga. boleh pecah geran katanya, tapi buyer perlu urus sendiri. alahai banyak kerja pulak kan... so tak jadi beli.. harga rumah tu dalam 250k. ni cerita 2013 dulu..

Jom tengok harga rumah hari ini di mudah:

Haa, nak pitam ke tak dengan harga rumah sekarang ni? kalau double storey corner, starting 500k

 Ni antara yang berkenan juga...tang design jelah...tang harga memang tak mahampuuu
 kasi can lah aku berangan yaaa...sesungguhnya berangan itu tidak memerlukan modal. 578k. mampu tengok je lah


tetiba terjumpa yang ni. 410 k je... jeng jeng jeng...

2 comments:

  1. Nak beli rumah siap memang tak mampu la..huhuhu.. Nak jimat..cari tanah lot then design rumah sendiri.. lbh murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak beli tanah lot pulak jadi tak mampu mami... tapi tak pernah try la.. ada tengok tanah lot kat bangi, lake view 80k, menggoda juga tu.. :)

      Delete