klik saya

Thursday, November 12, 2015

Survey rumah...landed house..mahalnyaaaa

Salam
bersiaran kembali
cepat2 sementara tunggu bos sampai
saje nak clearkan memory telefon yang asyik warning storage full
boring betul telefon ni...dah delete pun masih full
tahap IG semua kene uninstall
sekarang hanya ada whatsapp dengan FB je
game lagi lah tadek
Rayyan dengan Adel pun kata telefon mommy boring
hahahaha

okay2
sebenarnya nak share rumah yang kite survey2
hoi mahal weh rumah sekarang
mahal sungguh
tapi lagi tunggu lagi mahal kan?
masa survey tu, harga single storey RM300k ke atas
kalau double storey RM400k ke atas
ingat nak cari yang 200k jek
langsung tadek ye
kalau ada pun rumah sedey sangat
nanti jenuh nak repair
yelah cash kite tak banyak mana pun kannn

then bila nak survey, contact member ejen hartanah
dah dia forward2 gambar rumah semua
kite cakap kat dia nak cari rumah bawah 400k, nak yang ada tanah
katanya hampir mustahil nak ada
hahaha nangis

kebanyakan atas 400k
ni rumah-rumah yang dia forward

harga dah lupa daa
yang tau mahal
tak mampu bayar 10% pun


400k++. kene sedia 10% downpayment. Puncak Alam. pangkah

ni dah berkenan...tapi rupanya townhouse. terus tak jadik... sape nak rumah ni masih availabe. walaupun townhouse, tapi rumah dia bapak luas. cuma tak de tanah. so pangkah. Bandar Saujana Putra. 

pastu gigih pulak gi show unit, nun kat semenyih sana 
Semenyih parkland
pergi pulak time lunch hour jer
sebab biasa la kan, ejen call cakap kalau u nak, kene datang by today, sbb ada last unit
masa tu nak kata nak sangat tu tak de lah
just saje nak survey
sebab macam semenyih
hoi jauhnya semenyih
gituuuu

iklan dia rumah kaler grey
bila sampai, eh kuning?
why????
dia kata yang grey tu harga 500k.
hahhahahaa
verangan lah ko

yang ni rumah dia, dalam 350k


tu ejen, nama dia Ann

tingkat atas semua floor dia macam ni
cantik la
tapi rumah ni kecik jer
dan pendek
kalau tak silap bukaan dia 16 feet ke 18 feet gitu
lupa dah
no wonder harga 350k

so Ann ajak gi ofis dia kat Branang untuk kira2
so ikut je lah
hati ni tak kenan sangat dah
sebab kecik nau...even store pun tak de
so macam tak de beza pulak dengan rumah atas kayangan sekarang, yang barang banyak, end up rumah tetap nampak sepah
yelah, bukan nak besar sangat2
tapi nak ada tanah sikit jadi lah
at least tanah 3 kaki belakang rumah pun jadi
janji boleh tanam2 sikit2
gituuu motifnya

masa tengah kira2 tu, tetibe dia cakap
owh sorry miss
someone has paid 3k tu book this last unit
so no unit available for u

ok lah
aku pun tak nak
heheheh

so tak jadiii
dia suruh aku beli single storey kat situ
tapi mahal sikit dalam 420k
sebab saiz dia besar sikit 20x70 feet

aku kata nanti fikir dulu
terus pecut balik putrajaya
lalu kat setia group punya projek
telan ailio
tak mampuuuuu

so seterusnya survey lagi
sebenarnya tak de serius sangat nak beli pun
sekadar survey2

kisahnya bermula bila kami jalan2 kat The Pulze cyberjaya hari tu
tetibe daddy asyik duk tengok booth jual rumah
orang tu pulak tengok husband aku macam berminat, so dia pujuk2 lah
rumah tu single storey RM320k
rumah dah siap
kat Teluk Panglima Garang
CF pun dah dapat

pastu bila dia tengok anak2 aku melasak kat situ
dia kata, zul baik awak beli yang corner lot ni
baru 395k
lagi best ada tanah luas, anak2 awak abang tengok ni lasak
boleh diorang berlari kat tanah ni

memang tu pun impian kan
nak anak2 main kat rumah sendiri
punya laman sendiri
but
semua tu tak mudah
semua perlu fuluuusssss

dia pun cuba kira2 harga rumah dengan gaji daddy
dia kata boleh sangat
yelah, komitment dengan bank tak banyak
komitment yang bank tak tau tu caneeee

dia kata 'abang heran, awak gaji camni, dah umur 31, kenapa belum beli rumah...'

ada la kisahnya kami kene tipu sampai nama CCRIS

tu nanti lah story mory
macam mana aku nekad busukkan nama sendiri demi selamatkan nama suami
waaah tragis bunyi nya

so dia kata awak fikir lah dulu
abang bagi awak 3 hari untuk bagi jawapan
rumah ni abg hold untuk awak

huh
berdebar terus

so kami decide untuk gi tengok rumah malam tu juga

dari cyber, berenti solat mangrib kat Saujana Putra, terus je ke Teluk Panglima Garang

cari rumah
guna waze sampai jumpa kubur
dah la maghrib
hahahaha
tak kelakar sungguh

so cari punya cari rupanya area rumah member aku
adakah bakal berjiran dengan member???
tengok rumah tu macam ok
macam berkenan juga lah
finishing dia cantik

tapi tengok area situ banyak rumah baru naik
membuatkan aku rasa...nantilah
ni beli rumah ni
hutang sampai mati
kalau panjang umur boleh merasa la

daddy, knowing him, dia memang jenis malas fikir
kalau tu dah ada depan mata, dia jenis grab jer
but kite pompuan biasa lah...mesti mau survey2 dulu kasi puas hati
so aku kata tunggu
bagi aku masa untuk cek yang lain

bila cek, memang banyak lagi lah rumah lain of course
tinggal ko bayar jer
lagi satu yang buat kami berat nak setuju rumah ni ialah
downpayment 10%
which 39k
tak cukup....
boleh diusahakan untuk cukupkan
tapi nanti jadi cukup2
nanti nak pasang grill pun tadek wiwit

so kami diammm jer tak bagi jawapan
akhirnya rumah ni pun out of list

Haa, nilah rumahnya
corner lot
tanah dia luas
menggoda sungguh

tapi akhirnya babai

so sekarang macam mana?
dah beli dah...

nanti bersambung....

babai


No comments:

Post a Comment