klik saya

Tuesday, January 19, 2016

Beli karpet di Nilai 3 untuk rumah baru

Salam...
ni kejadian dah lama juga 
13 dec yang lepas
masa ni  loan rumah dah lepas...jadi ada aura nak membeli la..pulak duit EPF dah dapat kan.....
kebetulan mak dari kampung pun datang
so nak bawak jalan-jalan, jomlah kita ke Nilai 3
pergi tu satu kereta, ada 5 dewasa, 3 kanak-kanak sumbat 1 kereta
berhimpit la semua, nasib Nilai tu dekat je
memang niat nak usya karpet pun...
tapi as i said before, daddy ni bagi dia no usya2...jumpa terus beli jer
even dah kat sana masuk kedai pertama, dia dah tak mau pergi ke kedai lain untuk survey harga...
sebabnya beliau rasa bersalah dengan orang yang promote tu
bagi aku pulak, tak kisah la, sebab nak promote tu memang keje dia
daddy sanggup tunggu kat kedai 1st, bagi aku jalan sendiri pergi survey kedai lain
GUILTY punya pasal
haih
kedai First yang aku pergi tu SM kot nama dia
dia letak harga karpet Turkey ni RM1000++
sorry tak ingat harga
dia kata tak apa kakak, saya bagitau harga, kakak tengok, kalau kakak tade bekenan tak apa
yang penting kakak tengok2 dulu

ye lah bai
mana nak tengok

sekali bargain2, dia bagi turun sampai RM700.
last

smalller size RM400 dia bagi

okay
aku kata aku nak tengok kedai lain dulu

dia kata kakak, penat saya cakap, bawak karpet tunjuk sama kakak, sekarang kakak tak mau beli sama saya

eh bai ni
tadi ko cakap lain
sekarang nak memaksa pulak ya

aku tak kira, jadi tu yang daddy sanggup tunggu situ sebab dia dah rasa bersalah dengan bai tu

aku rasa bersalah tak? takde hokeh
hati mesti mau kental
kikikiki

so aku pusing2 pokok mulberry
eh pusing2 semua kedai kat situ...baryali lah ape lah 
lupa dah ada few kedai kat area situ jer..tak de menapak jauh2 sangat pun
lagi pun hujan pulak jam tu

so semua nya harga lebih kurang
jadi daddy kata jomlah patah balik kedai SM ni
sebab kita pun dah berkenan corak kat SM ni

masa nak gerak tu, aku singgah lagi 1 kedai
yang ni pun tak tahu nama kedai

nampak karpet biru ni...
terus jatuh chentaaa


ni pun sama harga...RM1k++
aku tawar ala2 je sebab kan dah nak patah balik kedai SM tu
dia bagi RM700 juga
jadi aku kata tak apa lah, saya tak nak
bila nak gerak keluar, dia turun lagi harga jadi RM600
aku dah rasa macam..hmmmm
langkah makin perlahan...
seperti ada batu di kaki ku

daddy dah gerak jauh ke SM
aku cakap tak apa lah, itu bos sudah pergi jauh saya tak sempat kejar

diorang cakap, kakak, kalau kakak angkat ini sekarang saya bagi RM450 last. ini kalau wholesale pun kakak tak dapat ini harga. tapi ini harga kalau kakak angkat sekarang. kalau kakak sudah pergi sana, tak boleh dah ini harga.

WHAT?????

RM450 dari 1k++ tadi tu

ini tak boleh jadi!

terus call daddy suruh patah balik

dia pun patah balik, tanya harga terus bayar

jadi karpet yang sama, dapat harga murah 

saiz 7x10 feet
warranty 10tahun kalau bulu tercabut atau warna luntur

masa orang kedai tu angkat ke kereta, bai yang SM tu nampak la

bila aku masuk kedai dia, dia ejek2 aku 
katanya itu kakak beli karpet takde kualiti punya
kakak tak tau
itu murah punya kualiti

aku kata tak apa, saya tak kisah...yang penting murah

pastu beria tanya aku harga berapa aku beli
sibok jer
aku cakap lagi murah la dari kedai u
dia kata yelah, kakak tak de mintak dengan saya nak harga murah

hoi, aku bargain2 tadi tu ape? ko ingat aku main2 tak nak beli???

hanginnn je aku dengan bai ni

then angkut pulak yang dah berkenan kat kedai dia ni


yang ni dia bagi RM400, saiz smaller dari yang biru tadi

nasib aku dah berkenan 
kalau tak, kuasa lah nak beli dengan dia
bila dia angkut karpet ni masukkan dalam bonet, daddy nampak dia pegang2 karpet yang biru tadi
again sibok

okay la, itu je kisah beli karpet kat Nilai 3

kena bargain betul2...sebab memang boleh dapat murah pun...
atas rezeki masing-masing la kan

nanti dah bentang kat rumah baru kita tengok cemana...
elok ke tidak... :)

babai

No comments:

Post a Comment