klik saya

Monday, January 18, 2016

Kisah beli rumah, kereta dan kerjaya

salam..

okay bersambung kisah pencarian rumah..dan kena mengena nya dengan kereta dan kerjaya

rasanya sebab nak beli rumah ni tak de sebab yang kukuh, sebab rumah sekarang ni pun memang dah rumah sendiri (walau nama ayah lagi...tak kisah la kan ayah nak bagi sape pun nanti)...maknanya tak de desakan untuk berpindah ke hape... cuma rasa kena beli sebab harga rumah makin mengarut. tu je

lately ada a few rumours yang kata harga rumah akan turun dalam masa 3-5 tahun akan datang, tapi aku tak yakin harga rumah akan turun gila2 sampai murah hamat...jadi kena beli sekarang!
tapi kalau harga terlampau murah, beli je lah lagi seketol. heheheh banyak duit kau. nak beli yang ni pun semput. mana tau ada rezeki nantikan...aminnnn..

ya, umur kami dah 31 tahun... target kalau di ikutkan paling lewat sebelum 35 tahun kena ada rumah... jadi target tu kira achieved la kan

kawan-kawan semua dah beli rumah... ada kawan aku lagi la beli rumah harga sejuta. bulan2 bayar 4k lebih. umur sama aku je...kerja macam biasa..tapi aku tak tau dalam akaun dia aada berapa. dia boleh beli tu kira dia mampu la kan? syukur alhamdulillah seronok tengok kawan2 murah rezeki...aku tumpang gembira. 

then aku ni, kenapa dah 31 tahun belum beli rumah kan? 
kisahnya masa aku pregnantkan Adel tahun 2011, umur 27 tahun masa tu, masa tu belum habis master aku, tengah buat thesis, maknanya belum kerja pun. lambat betul kerjaya aku bermula kan?
masa tu kereta daddy buat hal...asyik rosak je. pernah satu hari tu, dah maghrib, dia call aku kata kereta tersadai tepi jalan, aku tanya kat mana? dia kata jalan2 dalam ni, dia pun tak tau nak explain lokasi dia, then telefon pulak tak de bateri. malang bertimpa betul 

dia suruh aku datang je (masa tu mana ada boleh share location ke ape macam hari ni kan.....sebelum tu kena pergi petrol pam, bawak petrol dalam botol. aku blur. dah aku tangah tunggu hari nak bersalin, daddy suruh aku pergi petrol pam, beli minyak, drive ke lokasi dia yang aku sendiri tak tau kat mana, then dengan bawak Rayyan sekali yang masa tu baru umur setahun lebih, then waktu maghrib. hoih.
aku termenung jer tak tau nak bertindak.
 tiba2 dia call kata tak apa la mommy, abang dah call ayah, nanti ayah datang dengan pomen. 
haaa kan boleh tu. aku tanya kenapa tadi suruh aku yang sarat ni? dia kata bila ada masalah dia tak de pikir orang lain, dia pikir aku je... ye lah betul juga. panik la tu.

hoih panjang pulak rewind cerita.
jadi, sebab kereta dia asyik masalah, jadi dia jual kereta kelisa kuning aku.
pelik ke tak pelik?
ya pelik
kete dia problem, kete aku jadi mangsa...
sebab kete dia dah habis bayar, kete kelisa belum
jadi sebab nak beli kereta baru, kene korbankan satu kereta.

masa tu gaji kecikkkk je sangat... tak ingat la berapa...... huhuhu
so babai la aku pada kelisa dengan penuh kesedihan dan berat hati

nak jual kelisa tu pun, bukan dapat duit ya. satu2 nya barang yang jual tapi lagi kena keluar duit ialah kereta!
aku kena bayar orang tu about 4k untuk bayar different value kelisa tu dengan loan bank.
jadi setel hal kelisa yang ku sayang2 tu

tiba masa kami dah sama2 kerja dia Pulau Indah masa tu tahun 2013, jauh kan berulang Pulau Indah ke Puchong, tol lagi, servis kete almost tiap bulan, kete kejap2 kena tukar tayar, tu belum tiap hari jumaat ada lori terbalik atas jambatan, lalu jam, lalu sampai puchong tengah malam.. 
(lori pun aku  tak paham...asal jumaat je nak terbalik...asal terbalik je jumaat)... 
macam-macam la dugaan kan mencari rezeki.. jadi kami decide nak cari rumah area berdekatan. dapat rumah kat Teluk Gong. masa decide nak beli tu aku tak happy sangat pun...tak de excited sebab ntah la...aku tak rasa nak settle kat Klang kot. 

rumah yang kami nak beli tu Taman Nelayan, single storey 4 bilik, RM170k. murah la tu kan...
jalan masuk dia kena lalu tali air semua, kalau tengok google earth, kawasan tu dah dekat dengan laut juga. 
bila dah submit dokumen, rupa2 nya nama daddy dah CCRIS. 
sebab, Kelisa dah berbulan tak bayar, dan nama masih atas nama daddy. 
hoi ni rasa nak amukan juga lah... dah bayar 4k, then dia tak buat pape... kete tu tersadai dekat used car dia. so kami tarik diri dari beli rumah tu... kembali berulang dari Puchong, lepas tu highway SKVE dah bukak, so setel masalah...tinggal bayar tol jer. huhuhu..member pulak baru cakap, nasib baik ko tak beli rumah tu, sebab tu kawasan BANJIR.. kami tanya kenapa tak cakap? dia kata sebab nampak kami excited nak beli, jadi dia tak bagitau. baik ke tak baik member ni? huhuhuuuu

okay...

lepas tu daddy dapat rezeki tukar kerja. yelah company lama tu punya la daddy setia, sampai 7 tahun pakai title exec je sampai kesudah. hahahahaha tinggi sungguh tahap kesabaran mu wahai suamiku. naik senior pun tak. kikiki

so dia blah. 

aku pun terpaksa resign juga...walau ku suka kerja kat sana. siap nangis masa bagi surat...sebab terpaksa resign, demi family... wahh gitu.
kebetulan, aku pun dapat offer dari company sekarang kat Putrajaya, dekat sangat la dengan Puchong kan. so terus accept jer. jadi anak-anak pun berpindah sekolah semua dari Klang ke Puchong...

nanti sambung lagi..krikkrikkrik

2 comments:

  1. Saya pun dah 31 tp blum beli rumah lagi... kat kl ni harga rumah mampu tengok aje. Dekat 8tahun dah menyewa hu huu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga rumah kat KL ni rasa sesak nafas...huhuhu.. macam mana la anak2 esok2...

      Delete