klik saya

Thursday, January 14, 2016

Minggu pertama persekolahan...darjah 1

Salam 
dah nak berakhir minggu ke-2 persekolahan dah
macam biasa la...kalau tak back date tu kan ke pelik kan...hehehe
Rayyan dah masuk darjah 1 tahun ni
maknanya juga dah 7 tahun dah blog suam-suam kuku hidup segan mati tamau ni
hari pertama persekolahan mommy apply cuti sebab nak tengok anak2 sekolah
Rayyan sekolah agama waktu pagi dari jam 8.00 am to 10.30 am
then ke transit naik van dari sekolah agama, mandi makan tengahari dan gerak ke sekolah montessori dia untuk teacher tengokkan kerja sekolah kalau ada, kalau tak de, teacher montessori akan mengajar masa ni sampai pukul 1.00tgh
pukul 1.00tgh teacher montessori akan bawak semua budak transit melintas jalan ke sekolah untuk sesi sekolah kebangsaan pukul 1.20tgh hingga 6.40ptg
petang pulak teacher akan tunggu dalam kawasan sekolah untuk semua budak transit berkumpul, dan berbaris balik ke montessori balik...
habis sekolah satu hari
biasanya tak sempat dia melintas jalan balik pun, mommy gi jemput dalam sekolah juga
yelah...mommy keluar ofis pukul 5.30ptg, by 6pm dah sampai dah sekolah

abang Rayyan... dalam perjalanan menuju dewasa

dalam kelas... tu kawan2 semua satu montessori dan satu transit juga...jadi tak ada masalah la nak menangis tade kawan ke hape kan....
budak-budak sekarang tak de menangis macam kita dulu2 pun... diorang lek lek je memasing masuk sekolah... yang sebaknya mak diorang ni...macam oooowwwwhhhh dah dewasa anakku
anak nyanyi lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah pun ai sebak okay. huks

mula-mula sampai...okaylah boleh bawak diri

ni dalam sekolah agama...sekolah ni 2 tingkat jer...atas semua kelas macam ni, bawah hall untuk solat dan aktiviti
bersama kawan-kawan
dah habis sekolah agama, beratur nak naik van...ustaz hantarkan. hari pertama tu nama Rayyan tercicir dari senarai hantar ke transit. nasib daddy perasan, terus je bagitau ustaz. jadi hari ke2 sekolah daddy cuti lagi sambung skodeng anak..hehehe

ni pagi sekolah agama... SRA penuh dah kaedahnya...terpaskasa masukkan sekolah private... nanti tahun depan mommy cuba lagi tanya SRA ya abang... tapi macam kesian pulak nak tukar2 sekolah ni...

dalam van nak balik ke transit
Basuh pinggan kat transit... ada 2 parent je yg spy anak..termasuk kami.. hahahahahaha

Daddy dengan anak bujang and anak dara

abang ceria di sekolah... banyak kawan

ni gambar pagi sebelum hantar ke sekolah agama...sebenarnya sekolah dia tak de uniform...jadi aku belikan je lah baju melayu putih, senang maknya (sebenarnya daddynya) menguruskan pakaian anak2, gosok stok seminggu terus. jadi baju kena ada banyak, semua stok seminggu...hihihihihiii


beratur nak pergi sekolah...semua darjah 1 ni...sebelum tu teacher dah briefing tunggu mana semua...risau je sebab bila aku tanya, abang nanti dah habis sekolah tunggu mana? dia jawab balik montessori...oh nooooo salah abang. jangan balik montessori sendiri, bahaya lintas jalan sendiri..tunggu teacher Dilah datang ambil okay... okay mommy abang faham... huh tambah debar mak je



abang peace ajer dia



Adel? adel macam biasa sambung sekolah di montessori. semangat dia, yelah kakak dah 5 years, senior la sikit... harap kakak tak boring sebab sekolah kat sini dari 3 years... hehehehe...kawan2 pun kawan yang sama jer...sama2 membesar kat sini

petang daddy pergi ambik...sebab mommy dengan baby dah tak larat sangat...dengan panas nya, then petang hujan lebat. baru satu hari skodeng anak, penat hoi

adik Sofea menumpang kelas

lepas tu tengok ape rupanya? hahahahahaha

masa rehat mommy menyelit rehat sama..hahaha apa daaaa... nak beli makanan sendiri, teruja la tu dapat berbelanja. hari2 daddy bagi duit RM3, kadang habis licin, kadang ada baki. tapi asyik nak beli air, mommy pesan jangan beli air, beli makanan saja...air minum air masak je. grrrrrrr

Haa ni masa murid2 berkumpul kat dewan, penuh la ibu bapa yang tak tau la aku nak kata macam mana... apa punya pesen tak tau la... puas cikgu announce suruh tinggalkan dewan, tetap la tak bergerak, sampai kepanasan semua murid yang duduk kat tengah2 dewan tu... cikgu kemain berhemah cakap, ibu bapa...tolong saya...kesian anak2 kita yang berada di tengah dewan ni..kepanasana..tolong tinggalkan dewan... PUNNNN TETAP KAT SITU. ada parent yang kata aku gi tarik telinga sorang2 baru tau... hehehehe... kami perati dari jauh jer.. baik tak? 





pagi tu sebelum bergerak...kita bergambar duluuuu...setai hari mengangkut beg beg beg beg




babai.... habis cerita sekolah abang...

No comments:

Post a Comment