klik saya

Tuesday, March 22, 2016

aktiviti di rumah baru; berkebun dan kisah kangkung

Salam...
biasanya setiap weekend kami balik ke rumah shah alam
then biasalah kejakunan jumpa tanah berlaku
especially si Rayyan yang sangat lah sukakan tanah
segala benda dia nak tanam
makan betik, suruh simpan biji nak tanam
makan cili suruh tanam cili


Si abang Rayyan meneman atuk tanam pokok pandan.
ni kali ke 3 dah atuk tanam...semua tak mau hidup
sekarang kan musim panas yang amat
agaknya la tu tak mau hidup

tapi serai atuk tanam 3 pokok dah besar dah...dah merimbun
nanti kita amik gambar pokok serai masuk blog
kahkahkah

tanah kat rumah ni kiranya macam subur jugak sebenarnya
sebab bila nak tanam pape kan, korek2 tanah ke dalam sikit, belah bawah semua tanah hitam
macam tanah gambut kot
memandai je bagi nama tanah gambut
hakikat sebenarnya aku tak tau nama tanah2 ni

masa sebelum kami ambil kunci rumah, rumah ni developer tumpang bagi worker dia duduk
worker pulak, pekerja sudah lah kan?
so diorang tanam kangkung tu semua
nampak tak kangkung penuh laman?
memang banyak, kami kutip jugak makan...buat goreng belacan
and ambik jugak dapat seplastik besar bagi jiran belakang rumah
sebenarnya jiran tu member sekolah aku...tetiba berjiran kan...
hahahah
hai hanim and Ali...
lambai-lambai

pastu dah puas makan kan, aku rasa kangkung ni masalah
sebab bila aku cuba nak eliminate dia, dia asik tumbuh je
aku vangkul sampai kedalam2, nak buang akar dia semua
tengok minggu depan tumbuh lagi

sebenarnya nak kumpulkan kangkung ni setempat je lah
tak de lah penuh satu laman dengan kangkung kan
tapi itu lah, di cangkul2 tetap tumbuh



Ni daddy nak tanam pokok kemboja...kami pilih kemboja kuning
orang tanya kenapa ko tanam pokok kemboja? macam kubur jer...
aku jawab...tak apa...sentiasa lah ingat pada kematian...
boleh gituuuu????

4 comments:

  1. Bestnya rumah ada tanah...boleh bercucuk tanam..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat mami...nak dengan tak nak je...rajin dengan tak rajin jer..hihi

      Delete
  2. Saya pun suka pokok kemboja... biar lar orang nak cakap mcm kubur pun kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...cantik pokok ni. bunga pun wangiii je :)

      Delete