klik saya

Tuesday, August 16, 2016

DIY Wainscoting paneling


Salam
Ini projek minggu lepas

Konon-konon nak buat wainscoting la kan
walauuu
rumahku tak banyak dinding
maksudnya dinding yang sesuai lah
dinding panjang yang lurus

rasanya yang aku buat ni tak de lah nama wainscoting pun 
kot lah kan
macam more to frame
tapi kaedah nak buat sama je uols...


Maaf kualiti gambar memang teruk sejak akhir-akhir ini
semua pakai henfon jek
henfon pulak bukannya i phone ke ape kan..



Okay first peralatan yang diperlukan ialah:
1)kayu panel
kayu ni orang Mr DIY jual RM5.90
tapi boleh tawar ya, jadi RM4.00 sebatang
panjang 7 kaki

2)gergaji kecil
3) gam silicon 
4) pistol gam silicon
5) measurement tape
6) filler
7) cat dan berus

Step:
1) ukur dinding yang nak di buat wainscoting
2) lukis draft pada kertas 
3) potong kayu mengikut ukuran dengan tepat
4) potong serong bahagian sambungan frame
5) cat frame mengikut warna yang dikehendaki
6) sapu gam pada kayu
7) lekatkan pada dinding. sebelum tu tunggu cat kering dulu ye.. 
8) dah siap....



potong kayu mengikut ukuran

sambungan di potong menyerong

try susun kat lantai dulu

sapu gam je... sebab tak nak pakai paku, takut kayu pecah

letak kayu yang pertama
Hasilnya macam ni lah...



ni kira 70% siap
ada nak tambah lagi few items kat area ni

tunggu rajin

hahaha

babai






No comments:

Post a Comment