klik saya

Friday, July 14, 2017

Deco: Ruang tangga

Assalamualaikum
bila tak ada kerja..kerja mengecat pun jadi
kalau ikutkan hati, saya tak mahu cat ruang tangga ni
biarkan putih
hakikatnya
putih menjadi comot kesan tapak tangan
lantas si dia tukarkan ke warna biru

hiaskan dengan pokok palm RM9.90 dari IKEA
serta mirror dari KAISON RM29.90
mudah sekarang..hanya ke My TOWN, dapat pergi ke Kaison, IKEA, dan Daiso juga. semua satu tempat. tinggal tak de SSF je situ.


Sebenarnya warna tepi tangga ni berbeza dengan yang atas tadi.
salah code punya pasal.

and that blue hydrangeas... saya beli dekat parkson, RM23 sahaja untuk 5 tangkai lebat tu. berbaloi rasanya.

sekian

Wednesday, July 5, 2017

Pasang hood dari Home Pro

Assalamualaikum
bersua lagi kita
kali ni nak cerita pasal pasang hood

Orang nak beraya sibuk cari baju raya
kami pulak keluar masuk kedai cari hood

Dapur dah siap setahun lebih dah..
memang masa buat dapur tak terus pasang hood, sebab kekangan kewangan
jadi kita dahulukan mana yang penting

survey hood di lazada, kedai seng heng, kedai ideal, HLK..
last sekali baru pergi home pro

kedai-kedai lain tu tak sediakan installation
kalau ada pun, charge will be at least RM350

dekat home pro installation RM150
ni dah tahu lama...so itu yang last sekali pergi home pro

bila pergi home pro summit USJ, tengok model yang kite nak tak ada..
yang tengah promo barang rubine, teka
jadi ambil jelah mana ada

memilih hood:
kami pilih yang stainless steel, for a few reason
1) Lasak
2) tak senang nampak kotor dan berminyak compared to glass

tu je...
dan nak design nampak kemas

so kami memilih rubine (disamping yang ni tengah promo..haha. jimat pun penting juga ya!)

jom layan gambar yang di ambil di hari kejadian:

Ni keadaan  dapur  tanpa  hood untuk setahun.. yang ada hanya wiring. by the way, wiring tu dah buat sesiap masa pasang lampu kipas dulu. RM140 charge dia.


pekerja Home Pro datang dua orang. sebelum diorang ni datang, a week before, ada dua orang staf lain yang akan datang rumah kita untuk survey dapur, tengok macam mana design nak pasang semua. lepas tu baru orang yang in charge bahagian installation ni datang. 





 ni model number yang kami beli (Harga RM1200++)



Proses menebuk lubang dinding. memang berhabuk sangat ya. walau lubang kecik je. ni orang Home Pro yang tolong coverkan semua. mungkin nampak ahkak payah dengan anak4



hah habuk tebal


gilir-gilir diorang ni buat kerja. susah kot noo
ada satu masa tu tiba-tiba diorang ni diammm je. tengok masing-masing tengah duduk bersila, main henfon. agak lama la juga...dalam setengah jam gitu. saya malas nak tanya, just assume diorang rehat kejap. nak offer air pun bulan puasa..hihi





Taraaaa

dah siap
masa ambil dalam 3 jam nak siap pasang







lega sangat dapur dah complete sikit.
kami dok risau cabinet tu asyik terpercik minyak segala bila masak.

balik raya hari tu adik jualkan dia punya canister tu. comel juga..cuma tak tahu nak isi apa. buat hiasan jelah.

maaf gambar tak terang.

-home sweet home-


Friday, April 14, 2017

Deco: ruang tamu dan dapur

Aih, rajin pulak ye update terjumpa gambar-gambar rumah yang dah transfer ke PC ni

tak adalah deco apa sangat pun sebenarnya

 sebab lagu tu je pun semua pun perabot lamabelum shoping apa-apa untuk rumah baru kecuali langsir dengan carpet tu jelah

Untuk rumah kali ni (macam banyak rumah je kan..padahalll), kami seriously tak tetap hati nak pilih konsep macam mana sangat 

berbeza dengan masa masuk rumah apartment dulu sangat firm nak kaler sekian deco sekian 

kali ni lain. mungkin sebab hari-hari masuk pinterest, jadi semua pun cantik lantas tak tahu nak pilih yang  mana, jadi kita slow-slow buat mana ada 

untuk ruang tamu, kalau ikutkan hati ni nak all white tapi tahulah kan..anak ada 4, semua tengah melasak 

tu TV cabinet nampak suci putih je kan

tengok dekat-dekat penuh contengan 

Rayyan dengan Adelya setakat ini memang bukan jenis menconteng merata

memang disiplin, tapi lain anak lain perangai kan.dapat kat sofea habis dia conteng. hmmmmmm mak kau mampu bersabar jelah.

jangan disekat kretiviti anak....gituuu

tapi larang tetap larang ye

tu bekas bulat-bulat atas kabinet TV tu sebenarnya adalah tin biskut

memang ada banyak sebab Rayyan suka biskut butter tu kan

nak buang macam sayang sebab bekasnya macam elok

jadi masa pindah hari tu bekas biskut ni terpilih untuk di angkut sekali, lepas tu kami spray warna gold. kenapa gold?kami pun tak tahu...mungkin faktor umur sekarang minat warna gold pulak 

  

pokok buluh tu pun dari rumah lama. beli lama sangat dah dulu kat Ayer Hitam Johor. murah sangat je pun harganya RM6.00 sebatang. tu dapat serumpun RM30. 

Dapur pulak serba kekurangan lagi. belum beli hood. dapur tempah dari BaLi Kitchen

ni ruang dining. lukisan ni terpaksa beli sebab dapat voucher RM50 dari Harvey Norman.kalau pergi Harvey Norman, ape je yang dapat dengan RM50 kan... ni pun kene tambah duit sikit jadilah buat kenangan. 

terjumpa lak tempat letak pisau R kat Mr DIY. bagusnya boleh parking gunting sekali kat situ 

   

dinding belang belang secoet.nak jugak kan...walau tak ada dinding

sekali tershare kat Tips Hias Rumah punya page. kami tak tahu pun. itu pun ada member tag.tak apa lah... walau rumah serba tak lengkap, mana tahu kot-kot memberi inspirasi kepada mereka di luar sana. sama-sama kita share minat deco mendeco ni ye.sekian assalamualaikum


Thursday, April 13, 2017

Rindu

assalamualaikum
tetibe rindu nak blogging macam dulu
tengok list blog kat sebelah tu..berapa kerat je yang aktif update blog
dulu-dulu best je..banyak blog boleh jalan jalan

Ai ollss macam biasa je
Dah ada 4 anak uolsss
Anak terbaru no 4
princess
Athea Nur Imani binti Zulfikar
17 November 2016, 12.30pm
Cesarean section due to oligo (macam abang Rayyan jugak ni)
Hospital Putrajaya
2.4kg