klik saya

Wednesday, July 5, 2017

Pasang hood dari Home Pro

Assalamualaikum
bersua lagi kita
kali ni nak cerita pasal pasang hood

Orang nak beraya sibuk cari baju raya
kami pulak keluar masuk kedai cari hood

Dapur dah siap setahun lebih dah..
memang masa buat dapur tak terus pasang hood, sebab kekangan kewangan
jadi kita dahulukan mana yang penting

survey hood di lazada, kedai seng heng, kedai ideal, HLK..
last sekali baru pergi home pro

kedai-kedai lain tu tak sediakan installation
kalau ada pun, charge will be at least RM350

dekat home pro installation RM150
ni dah tahu lama...so itu yang last sekali pergi home pro

bila pergi home pro summit USJ, tengok model yang kite nak tak ada..
yang tengah promo barang rubine, teka
jadi ambil jelah mana ada

memilih hood:
kami pilih yang stainless steel, for a few reason
1) Lasak
2) tak senang nampak kotor dan berminyak compared to glass

tu je...
dan nak design nampak kemas

so kami memilih rubine (disamping yang ni tengah promo..haha. jimat pun penting juga ya!)

jom layan gambar yang di ambil di hari kejadian:

Ni keadaan  dapur  tanpa  hood untuk setahun.. yang ada hanya wiring. by the way, wiring tu dah buat sesiap masa pasang lampu kipas dulu. RM140 charge dia.


pekerja Home Pro datang dua orang. sebelum diorang ni datang, a week before, ada dua orang staf lain yang akan datang rumah kita untuk survey dapur, tengok macam mana design nak pasang semua. lepas tu baru orang yang in charge bahagian installation ni datang. 





 ni model number yang kami beli (Harga RM1200++)



Proses menebuk lubang dinding. memang berhabuk sangat ya. walau lubang kecik je. ni orang Home Pro yang tolong coverkan semua. mungkin nampak ahkak payah dengan anak4



hah habuk tebal


gilir-gilir diorang ni buat kerja. susah kot noo
ada satu masa tu tiba-tiba diorang ni diammm je. tengok masing-masing tengah duduk bersila, main henfon. agak lama la juga...dalam setengah jam gitu. saya malas nak tanya, just assume diorang rehat kejap. nak offer air pun bulan puasa..hihi





Taraaaa

dah siap
masa ambil dalam 3 jam nak siap pasang







lega sangat dapur dah complete sikit.
kami dok risau cabinet tu asyik terpercik minyak segala bila masak.

balik raya hari tu adik jualkan dia punya canister tu. comel juga..cuma tak tahu nak isi apa. buat hiasan jelah.

maaf gambar tak terang.

-home sweet home-


No comments:

Post a Comment