klik saya

Wednesday, March 28, 2018

Survey Sofa Chesterfield..jom

Salam
post tahun ni kita mulakan dengan mencari sofa..
Sofa Chesterfield 
(Chesterfield ialah nama sebuah bandar di Derbyshire, England)

Kedai pertama ialah SSF.
Ni SSF di Klang Parade ya.
SSF ini sangat untung bila membeli masa birthday month, which dapat beli 2 barang pada 40% discount.

Harga seperti tertera.








Macam nak beli sofa di SSF ni..kena tanya charge untuk delivery. macam ini Klang ke Shah Alam, rasanya dia charge RM80 (reasonable la rasanya), last time kawan saya tanya dari SSF Cyberjaya ke Nilai, dia charge RM200. So macam baik tak payah la kan..beli je di Nilai. begitu.


Kedai kedua ialah Royale Chesterfield, Bukit Jelutong, Shah Alam
dari jauh berdebar nak masuk kedai orang have2 ni. hihi. nasib baik staf dia melayan juga kami



suka sangat kaler ni... tapi kaler ni tidak memberi ketenangan kepada ibu yang ada anak2 yang sedang membesar (dan melasak)

in love with this color.... 



this one looks classy

Antara ciptaan manusia yang cantik aku rasa.... 


in love with this headboard..haih kau semua pun in love


Amacam? racun baik punya tak?
Harga dia bawah 5k dapat la. macam single chair tu about 1.6k gitu
cantik..kemas...dan menggoda sangat kerusi-kerusi ni tau.


okay now kita move ke kilang yang terletak di Paya Jaras, Sungai Buloh Selangor.
Di kilang ni...harga murah 50% dari kedai diatas. kualiti rasanya kurang la sikit kot..then takde chop mohor royale chesterfield. 

kat sini boleh pilih material, warna sofa dan detailing yang awak nak. 
macam kebanyakan sofa sini..dia tak letak nail kan, so boleh request untuk tambah for FOC. 

then button boleh pilih either button same material with sofa atau diamond. macam aku...aku suka same material, sebab diamond tu agak senang karat dan mencacatkan pemandangan mata ku nanti...

Selepas tempahan, sofa siap dalam 10-14 hari. Warranty for span ialah setahun, dan rangka sofa ialah 3 tahun.
(lepas 3 tahun kau lelong la sofa murah2...haha. marah laki aku kalau baca ni)

cukuplah survey di 3 kedai..dan beberapa kedai online. tak ada masa nak survey lagi..
jadi bos..silalah beli mana yang berkenan di hati ye. 








 Okay bye.
kaki deco mesti debar-debar je tengok sofa ni kan? hahaha.










No comments:

Post a Comment